Jins Shamsudin lupa, SM Salim menangis

WAKIL Yayasan Artis 1 Malaysia melawat dan menghulurkan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada insan seni ini. TATKALA umur sudah mencecah angka emas, ingatan adalah segala-galanya. Bukan wang ringgit yang mereka cari sebaliknya perhatian sebagai tanda ingatan. Itu yang ketara kelihatan di wajah dua Tan Sri yang sudah menabur jasa dan keringat dalam dunia seni masing-masing. Tan Sri Jins Shamsudin ialah anak kelahiran Perak yang sebati dalam dunia lakonan. Begitu juga dengan Tan Sri SM Salim yang sehingga kini menjadi penghibur jiwa dengan suaranya yang tersendiri. Kini mereka sedang meniti hari tua bersama keluarga dengan keadaan kesihatan...

“Abah dah ninggal”

Ipoh: “Abah gi (pergi) Sabah... abah dah ninggal (meninggal),” itu ayat pertama yang keluar dari mulut anak sulung Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Mohamad Akmaruddin, 5, ketika disapa wartawan pada majlis penyerahan bantuan di Mes Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Hulu Kinta, Rabu lalu. Tidak banyak maklumat diperoleh daripada kanak-kanak itu kerana dia seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan sedih mengenai pemergian arwah bapanya. Ketika ditemui, Mohamad Akmaruddin tidak berbeza daripada kanak-kanak lelaki sebayanya yang aktif dan suka bergurau, malah wartawan turut diajak bermain dan dipeluknya. Dia mungkin belum mengerti...

Minum teh boleh elak kanser

Minum teh dengan kerap juga menurunkan risiko menghidap ketumbuhan. - Foto AGENSI Penyelidik Belanda kaji 892 lelaki tunjuk kesan baik minuman Amsterdam: Lelaki yang minum sekurang-kurangnya dua cawan teh sehari boleh mengurangkan risiko diserang barah prostat sehingga lebih satu pertiga. Minum teh dengan kerap juga menurunkan risiko menghidap tumor sebanyak 37 peratus berbanding mereka yang minum kurang sekali seminggu. Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang...

AR Badul: 'Lahad Datu buat saya rasa nak berperang'

AR Badul Filem Darah Satria dan Prebet Lapok cukup hebat suatu ketika dahulu. Paling terkesan filem Darah Satria yang mana memperlihatkan perjuangan tentera menentang komunis di hutan. Realitinya hari ini, ia dianggap lebih kurang sama dengan situasi yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelawak terkenal, AR Badul punyai seribu satu kenangan mengenai hidup ala tentera. Berkampung dalam tempoh lama bagi menyiapkan filem tersebut, sudah pasti Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie terasa terkesan apabila ada yang mempertikaikan perjuangan anggota keselamatan kita di Sabah. Wartawan Sinar Harian,...

Orang ‘Imam Tua’ tumpas

Lahad Datu: Seorang lagi pengganas paling dikehendaki berjaya ditembak mati selepas lelaki berusia 60-an itu cuba menetak seorang anggota pasukan keselamatan dalam operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, lelaki terbabit yang bersenjatakan barong (pedang Suluk) menyerang dan menetak anggota keselamatan yang menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah di perkampungan atas air itu. Namun, anggota keselamatan terbabit terselamat dan hanya cedera ringan kerana tetakan pengganas itu mengenai baju kalis peluru dipakainya. Pengganas yang mati itu dikenal pasti sebagai pengawal dan pembantu...

Zulfahmi boleh jadi juara dunia - Lorenzo

SEPANG - "Anda boleh menjadi juara dunia." Itu kata juara Dunia MotoGP, Jorge Lorenzo yang mengiktiraf bakat dan kebolehan pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin. Lorenzo, juara Dunia 2010 dan 2012 berkata, bukan mudah untuk menjadi sehebat Fahmi. "Dia satu-satunya pelumba Malaysia yang beraksi dalam kejuaraan motosikal dunia. "Sebab itu dia sangat terkenal Malaysia. Saya lihat Fahmi seperti bintang filem, semua orang kenal dia. Saya yakin dia mampu menjadi juara dunia satu hari nanti," kata Lorenza. Sekalipun memegang status juara dunia, Lorenzo mengakui dia adalah peminat Zulfahmi. Menurutnya, dia kagum dengan dengan pelumba kelahiran...

Kampung Tanduo tinggal nama

Lahad Datu: Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan pengganas Sulu dan diduduki penduduk tempatan sejak 50 tahun lalu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan penempatan penduduk. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke lokasi baharu yang diputuskan kemudian. Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas penilaian Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati rumah di kampung itu mengalami kerosakan teruk. Katanya, 12 rumah di kampung itu boleh dikatakan musnah sama sekali akibat pencerobohan pengganas di kampung itu. PASUKAN...

Deruman ‘burung besi’

Langkawi: “Sudah lama saya menantikan saat ini untuk melihat pesawat tempur membuat aksi aerobatik secara dekat di udara dan akhirnya, impian saya selama ini tercapai. “Saya memang meminati pesawat tempur, namun tidak pernah menyangka semua ini akan menjadi kenyataan pada hari ini (semalam),” kata Amirul Ikmal Shahril, 20, pengunjung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA’13) dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) universiti berkenaan. Dia yang turut ditauliahkan sebagai pelatih kapal KD Sri Pinang berkata, persembahan udara yang ditunjukkan pada hari kedua...

Webber, Vettel bakal berpisah

London: Mark Webber dan Sebastian Vettel tidak akan kekal bersama dengan juara Formula Satu, Red Bull selepas musim ini, menurut bekas pengurus dari Itali Flavio Briatore. Briatore, bekas bos pasukan Renault yang menjadi sebahagian pengurusan Webber sepanjang kariernya dalam Grand Prix berkata, beliau menghubungi pemandu Australia itu Isnin lalu selepas GP Malaysia. Beliau berkata, Webber masih marah dengan kemenangan juara dunia tiga kali Vettel di Sepang selepas mengingkari arahan pasukan dan memintasnya pada beberapa pusingan terakhir. “Saya tidak fikir hubungan ini dapat dipulihkan,” kata Briatore. Ditanya jika beliau menjangkakan...

Kapal tentera AS dipotong di Laut Sulu

BAHAGIAN depan kapal itu diangkat dengan menggunakan sebuah kren selepas ia dipotong di Terumbu Tubbataha, Laut Sulu kelmarin.- AP MANILA - Badan depan sebuah kapal pembersih periuk api milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Guardian dipotong selepas ia terperangkap di Terumbu Tubbataha di Laut Sulu, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam. Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, sebuah pasukan berjaya melakukan operasi tersebut. Badan kapal yang dipotong itu diletakkan di dalam sebuah tongkang kelmarin. Menurutnya, pasukan penyelamat akan melakukan operasi memotong baki bahagian badan...

Hukum orang ketiga

Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559). “Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan...

‘Saya serba salah’

Kuala Lumpur: “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta. Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora. Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam...

Sayu lihat kampung

Lahad Datu: “Keadaan sebelum dan selepas kedatangan pengganas amat berbeza sekali. “Dahulu, kampung kami aman, tetapi kini ia tak ubah seperti padang jarak padang terkukur,” kata Ben Hamidi, 48, antara 20 penduduk Kampung Tanduo, di sini, yang dibenarkan masuk ke kampung itu, semalam. Menurut, tiada apa lebih menyedihkan apabila melihat rumah pernah menjadi tempat berlindung kini rosak teruk, manakala ada rumah jirannya sudah musnah sama sekali. Katanya, dia tidak mampu lagi menahan air mata apabila melihat keadaan kampung yang sunyi sepi dengan apa yang ada hanyalah kesan kebakaran dan tembakan di sana sini. KONVOI diketuai Timbalan Ketua...

Datu Piah sembunyi di Semporna

SEMPORNA – Seorang lagi anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah, salah seorang daripada adik-beradik kepada Jamalul Kiram III kini dipercayai berada di daerah ini. Menurut satu sumber, lelaki yang berusia lewat 60-an itu dipercayai sedang menyembunyikan diri kerana takut menerima nasib yang sama seperti Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang ditangkap pasukan keselamatan pada Sabtu lalu. “Datu Piah juga dipercayai salah seorang daripada orang kanan yang terlibat dalam proses rundingan dengan pasukan keselamatan sebelum 1 Mac lalu,” kata sumber tersebut di sini semalam. Rundingan antara pihak berkuasa...

Ditembak dan ditetak, wira negara kongsi detik cemas tempur pengganas

PUTRAJAYA - Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan hari ini, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara. "Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main. "Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri," katanya pada majlis penghargaan...

'Drama Vettel'

JUARA dunia tiga kali, Sebastian Vettel mengabaikan arahan pasukannya supaya tidak memintas rakan sepasukan, Mark Webber ketika perlumbaan berbaki 13 pusingan. Pada perlumbaan Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam, pemandu Red Bull itu menamatkan saingan selaku juara setelah mencatat masa 1:38.912s. Webber menduduki tempat kedua dengan catatan masa 1:45.520s, manakala wakil 'Malaysia' Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas berjaya meraih podium ketiga. Insiden 'tikam belakang' Vettel bermula apabila Webber mendahului perlumbaan selepas hentian pit terakhir. Ketika itu, Prinsipal Red Bull, Christian...

Uthman El-Muhammady meninggal dunia

Tokoh Maal Hijrah 2005 Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) semalam akibat sakit jantung. Dr Muhammad meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam. Beliau meninggalkan seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu. Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi. "Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur,...

Hamilton rasa bersalah melepasi Rosberg

Lewis Hamilton mengakui bahawa beliau rasa bersalah kerana telah melepasi rakan sepasukan Mercedes Nico Rosberg di Grand Prix Malaysia. Pengurus pasukan Mercedes Ross Brawn telah memberi arahan untuk Rosberg mengekalkan posisi walaupun pemandu Finland itu minta untuk melepasi Hamilton. Rosberg rasa kecewa dengan keputusan itu dan memberi amaran kepada Brawn dan memberitahunya untuk "jangan melupakan ini" selepas dipuji oleh pengurusnya. Hamilton mengakui bahawa Rosberg sepatutnya mendapat posisi podium dan memuji pemandu yang berusia 27 tahun itu. "Sebenarnya, dia (Rosberg) sepatutnya berada di sini, dia adalah rakan sepasukan yang baik...

Memang sah jeneral Sulu

ZULKIFELI (kiri) dan Khalid memberikan situasi terkini Ops Daulat pada sidang akhbar di Lahad Datu semalam. LAHAD DATU - Polis semalam mengesahkan pemimpin utama pengganas Sulu yang diberkas di kawasan berpaya di Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini kelmarin merupakan Menteri Pertahanan Suluk berpangkat jeneral lima bintang. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, panglima pengganas Sulu yang dikenali sebagai Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40-an ditahan bersama isterinya, Gina Taves Kiram pada pukul 1.30 pagi ketika cuba melarikan diri di kawasan tersebut. "Ya, saya mengesahkan penangkapan itu adalah mereka,"...

Vettel menjuarai Grand Prix Malaysia 2013

Sebastian Vettel merangkul kejuaraan ke 27 dalam kerjayanya untuk Red Bull dalam saingan sengit dengan rakan pasukan sendiri. Saingan sengit antara Vettel dan rakan sepasukan Mark Webber dalam detik akhir perlumbaan agak mengagumkan dan pengurus pasukan Christian Horner terpaksa mengarahkan mereka untuk menghentikan gerakan yang berisiko. Pemandu Jerman yang berusia 25 tahun itu akhirnya meraih kemenangan di Litar Antarabangsa Sepang sementara Webber 4.2 saat di belakangnya. Lewis Hamilton di tempat ketiga, tempat pertamanya di podium untuk Mercedes walaupun dicabar oleh rakan sepasukan Nico Rosberg dalam detik akhir perlumbaan. Pengurus...

Markas samseng

Kuala Lumpur: Pengikut Jamalul Kiram III dipercayai bersembunyi di Kampung Simunul, Semporna, sebelum menyerang pegawai dan anggota polis hingga menyebabkan enam daripadanya terkorban pada 2 Mac lalu, kerana yakin lokasi itu paling selamat daripada pemantauan pihak berkuasa. Ini berikutan reputasi perkampungan atas air itu sebagai sarang jenayah hingga digelar ‘kampung samseng’ oleh penduduk tempatan. Imej negatif itu menyebabkan kumpulan pengganas memilih kampung terbabit sebagai lokasi persembunyian dan serangan, biarpun kedudukannya jauh dari perairan Filipina berbanding satu lagi lokasi serangan iaitu Kampung Tanduo di Lahad Datu yang dekat...

Keputusan sesi kelayakan F1 Grand Prix Malaysia 2013

Pemandu pertama pasukan Infiniti Red Bull Racing, Sebastian Vettel mencatat masa terpantas dengan catatan 1 minit 36.435 pada sesi latihan terakhir petang ini. SEPANG - Berikut keputusan sesi kelayakan perlumbaan F1 Petronas Grand Prix Malaysia di Litar Sepang di sini, hari ini:       Sesi Kelayakan:     (Selepas sesi kelayakan 3)    1. Sebastian Vettel (GER) Infiniti Red Bull Racing 1:49.674s     2. Felipe Massa (BRA) Scuderia Ferrari 1:50.587s     3. Fernando Alonso (ESP) Scuderia Ferrari 1:50.727s     4. Lewis Hamilton (GBR) Mercedes AMG Petronas F1 Team 1:51.699s  ...

iPhone sudah ketinggalan, kata CEO BlackBerry

TORONTO: iPhone keluaran Apple sudah ketinggalan masa, demikian menurut Thorsten Heins, Ketua Eksekutif (CEO) Research In Motion Ltd, iaitu pengeluar BlackBerry. Heins membuat komen itu hari ini menjelang pelancaran edisi terbaru telefon pintar skrin sesentuh BlackBerry di Amerika Syarikat (AS). Penyedia perkhidmatan, AT&T akan mula menjual Z10 iaitu generasi terbaru BlackBerry hari ini, selepas lebih enam minggu pelancarannya oleh RIM di merata dunia. Heins memberitahu Associated Press (AP) bahawa versi papan kekunci BlackBerry bagaimanapun hanya akan dikeluarkan dua atau tiga bulan dari sekarang. Kedua-dua telefon pintar versi skrin...

DALANG SIMUNUL TUMPAS

ANGKATAN tentera berjalan melalui paya dan menggunakan unit anjing pengesan untuk mengesan saki baki penceroboh Filipina semasa operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Labian. Ia telah diisytiharkan bersih oleh ketua pasukan keselamatan tetapi penduduk kampung masih belum dibenarkan kembali ke rumah mereka. - Foto ihsan ATM. Suspek rancang serang hendap menyebabkan enam anggota keselamatan terkorban di Semporna Dua pengganas termasuk seorang digelar Pemerintah Tentera Sulu dipercayai perancang serang hendap di Kampung Simunul, Semporna yang menyebabkan enam anggota keselamatan terkorban, pada 2 Mac lalu, ditangkap semalam. Berikutan itu,...

Nasib baik menang!

Penyerang Malaysia, Mohd Khyril Muhymeen (kanan) meraikan jaringan bersama Azamuddin Akil pada saingan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, malam tadi. Tandukan penyerang Kedah, Khyril Muhymeen ceriakan penyokong Shah Alam: Sentuhan penyudah Azammuddin Akil dan Khyril Muhymeen Zambri 'menyelamatkan' seketika karier jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal apabila membantu skuad Harimau Malaya menang tipis 2-1 ke atas Yaman pada aksi kedua kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kemenangan sulung itu membolehkan Malaysia menghidupkan semula peluang muncul dua pasukan teratas Kumpulan D yang...

Cerai kerana anu kecil

Taipei: Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil. Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu. Zhang, 52, menyelar suaminya, Zhou, 55, dengan berkata: “Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami,” katanya. Menurutnya, mereka berkenalan pada 2008 menerusi seorang rakan dan berkahwin lima bulan kemudian. Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada...

Enggan bicara soal cinta

Bukan mudah untuk mengorek isi hati wanita bernama Nasha Aziz berhubung soal cinta. Kata-kata yang dilontarkan dari bibirnya lebih berbau kiasan, yang seterusnya menimbulkan pelbagai tanda tanya. Biarpun mengetahui aktres yang juga model terkenal ini kurang selesa berbicara mengenai cinta secara terbuka, namun sesekali bertemu dengannya, pasti sia-sia andai soalan itu tidak diajukan sama. Tidak seperti kebanyakan selebriti lain, Nasha lebih selesa bersikap ‘low-profile’. Maka tidak hairanlah apabila sekali-sekala membuat kemunculan, dia akan menjadi perhatian. Sama halnya pada majlis pelancaran drama Maskara terbitan KRU Studios, baru-baru...

108 suspek pengganas didakwa

LAHAD DATU: Sebahagian daripada 108 suspek pengganas yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 akan didakwa di Lahad Datu, hari ini. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Felda Sahabat, pagi ini. Beliau berkata, mereka akan didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara atas faktor keselamatan. Selain itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat tiba di IPD Lahad Datu, kira-kira 11.30 pagi tadi. Juga kelihatan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar. Hakim Mahkamah...

Sentiasa perbaiki diri

Hampir dua tahun mengacarakan Nona sejak Januari 2012, pengacara popular Fara Fauzana mengakui jiwanya semakin sebati dengan program berkenan. Kata pemilik nama sebenar, Fara Fauzana Mohd Fadzil, 33, ini dia juga tiada masalah untuk mendapatkan keserasian dengan pengacara jelita yang digandingkan dengannya dalam Nona iaitu Nor Neelofa Mohd Noor (Lofa). “Saya tidak kisah pun jika orang nak bandingkan saya dengan Lofa ketika mengacarakan Nona kerana itu pandangan peribadi masing-masing. Ketika saya ambil alih program Melodi dulu pun, orang tetap bandingkan saya dengan pengacara sebelumnya. “Bagi saya ia asam garam dalam bidang hiburan tanah air....

Topi ayah ubat rindu

KANGAR: Topi milik Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, seorang daripada 10 wira negara yang gugur dalam pertempuran dengan pengganas di Sabah, masih kerap dipakai anak sulungnya, Noor Aqmar Amiruddin, 5, sebagai pengubat rindu. Ibu kanak-kanak itu, Nor Aziah Noor, 28, berkata, Noor Aqmar gemar memakai topi arwah suaminya kerana ketika Allahyarham masih hidup, dia selalu memuji anaknya kelihatan kacak apabila memakai topi itu. “Sebab itu dia suka pakai topi ayahnya. Dia kuat semangat dan sering pujuk bila saya menangis setiap kali teringatkan arwah, tapi pada masa sama dia juga sering mengigau dengan memanggil nama ayahnya, mungkin...

Pages 371234 »