Raikkonen dahagakan kemenangan

RAIKKONEN perlu mencatat kemenangan sekiranya mahu bersaing dalam perebutan gelaran juara dunia musim ini LONDON - Pemandu Lotus, Kimi Raikkonen mengakui bahawa dia perlu mencatat kemenangan sekiranya mahu bersaing dalam perebutan gelaran juara dunia pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim ini. Pemandu Finland itu sekadar meraih tempat kedua pada Grand Prix (GP) Hungary, Ahad lalu selepas gagal memintas Lewis Hamilton yang melakar kemenangan pertama musim ini. Raikkonen tampil cemerlang pada aksi pembukaan di Melbourne, namun sejak GP Australia itu dia tidak lagi mencatat kemenangan, sekali gus memberikan ruang kepada pemandu Red...

Pengasas AmBank mati ditembak

Anggota polis mengangkat mayat lelaki yang dipercayai ditembak di kawasan tempat letak kereta di Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur, semalam. Gambar kecil, Hussain Ahmad Najadi. Kena dua das di dada, rusuk kiri, isteri cedera tangan kiri dan paha kanan Diserang selepas selesai bincang pembelian saham di tokong Kuala Lumpur: Pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi, seorang warga Iran mati, manakala isterinya cedera ditembak di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, berhampiran Tokong Kuan Yin, di sini semalam. Sebelum kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 75 tahun dan isteri, Cheong...

Hamilton bangga dengan Mercedes

Lewis Hamilton meluahkan kegembiraannya selepas akhirnya merangkul kemenangan pertamanya untuk Mercedes di Grand Prix Hungary. Hamilton mendapatkan tempat utama di Hungaroring selepas kemenangan dengan McLaren pada tahun 2007, 2009 dan tahun lepas. Kemenangan ini lebih manis bagi pemandu yang berusia 28 tahun itu selepas beliau hanya mampu menyaksikan rakan sepasukan Nico Rosberg di tempat utama dua kali sebelum ini. Hamilton mengakhiri perlum baan 10.9 saat di hadapan pemandu Lotus Kimi Raikkonen untuk kemenangan ke 22 dalam kariernya sementara pemandu Finland itu di hadapan pemandu Red Bull Sebastian Vettel. Selepas mengucapkan tahniah...

Abby 'tak takut' bersuami muda

Abby dan suami “SAYA bukan memilih suami kerana dia lebih muda daripada saya tetapi ini adalah jodoh yang ditentukan oleh ALLAH SWT,” jelas Abby mengenai perkahwinan keduanya yang berlangsung pada 9 Julai lalu. Menurut Abby, segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH SWT kerana hanya selepas dua minggu dia dan suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, berkenalan mereka telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga. “Sebelum ini ada lelaki yang sebaya dan juga lelaki yang lebih tua termasuk suami orang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, tapi saya tolak dengan cara baik. “Itu adalah pendirian saya yang tidak mahu menjadi isteri...

Nikah Ramadan

Pasangan pilih bernikah pada bulan mulia dinasihat jangan sampai 'terlajak' Cuit mencuit, jeling menjeling, senyum tersipu, sekali pandang tak puas. Itulah gelagat individu baru mendirikan rumah tangga. Bagaikan belangkas - tak lepas tangan asyik berpimpin, rasanya kalau boleh nak bawa ke mana saja pasangan mereka kerana enggan berenggang. Dalam keasyikan melayari bahtera baru dibina itu sepanjang Ramadan ini, jangan pula terleka dan terlepas pandang terhadap perkara yang boleh mengurangkan pahala berpuasa. Pengantin baru perlu awasi tingkah laku pada siang Ramadan kerana cabaran terbatal puasa lebih tinggi." Badli Shah Alauddin, Penolong...

Buaya besar tersadai di tebing sungai

Dua nelayan terkejut menemui bangkai buaya yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang. KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin. Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai. “Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh....

Umi Kalthum meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Seniwati Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di kediaman anak sulungnya di Taman Melawati, jam 4 pagi tadi. Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur. Semasa hayatnya, Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 filem, antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21. Datin Umi Kalthum Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang digandingkan dengan Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton. Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita...

Durian belanda rawat kanser

Durian belanda atau nama botaninya Annona muricata L daripada famili Annonaceae dipercayai berasal dari Amerika Selatan. Hidup subur di atas tanah jenis lom liat berpasir, pH tanah antara lima hing­ga tujuh dan bersaliran baik. Ia jenis tanaman bermusim dengan kemuncak pengeluaran pada November, Disember dan Januari. Negara pengeluar utama ialah Filipina, Indonesia, Malaysia dan Vietnam. Kawasan tanaman utama di Malaysia ialah Perlis, Johor, Pahang, Perak dan Sabah. Durian belanda me­ngandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk rawatan demam panas dan bengkak hati. Kebiasaannya dimakan segar dan dibuat jus minuman. Durian...

Marquez cipta sejarah MotoGP

Monterey, California: Penunggang muda Marc Marquez memenangi Grand Prix Amerika Syarikat semalam sekali gus melebarkan jurang mata sebagai pendahulu untuk menjadi pelumba termuda dalam sejarah MotoGP memenangi dua perlumbaan berturut-turut. Pelumba dari Sepanyol berusia 20 tahun itu menang di Jerman awal bulan lalu, meraih kemenangan ketiga musim ini apabila menewaskan pelumba petak utama dari Jerman, Stefan Bradl di Laguna Seca. “Saya gembira kerana meraih keputusan ini menjelang cuti musim panas,” kata Marquez. “Ia litar baru dan saya meraih 25 mata.” Bradl menjejak podium pertama dan juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi dari Itali,...

Maklumat kesuburan untuk pasangan tiada anak

KUALA LUMPUR - Kempen 'The Hope for a Child' telah menubuhkan sumber sehenti untuk memberi maklumat kepada pasangan yang tidak mempunyai anak.   Ia dilancarkan Malaysian Society for Assisted Reproductive Technology (MSART) dengan sokongan Merck Serono, sebuah bahagian biofarmaseutikal Merck.   Pengurus Unit Perniagaan Merck Serono, Lem Kong Soon berkata kempen itu menggalakkan pasangan merujuk kepada doktor dan mendapat nasihat perubatan yang betul untuk mendapatkan anak.   Melalui laman rasminya www.fertilityasia.com.my, pesakit boleh mengetahui tentang ketidaksuburan, pilihan rawatan, sokongan dan pusat rawatan, katanya.  ...

Resah perokok tegar

Ramadan wajar jadi permulaan buang tabiat negatif Bagai irama dan lagu, begitulah situasi dialami perokok. Hubungan ‘akrab’ ini sukar dipisahkan. Lantaran itu, si perokok memerlukan keazaman tinggi untuk berhenti. Bagaimanapun, diakui ia sangat sukar direalisasikan kerana rokok memberikan ketagihan kepada si perokok tegar walaupun kesannya kepada kesihatan begitu berisiko. Ketagihan nikotin dalam sebatang rokok antara punca kepada kegagalan usaha untuk berhenti merokok. Perokok yang cuba berhenti merokok akan mengalami beberapa gejala pengeluaran atau ketiadaan (nikotin) seperti cepat berasa resah, kecewa, marah, tidak selesa; sukar menumpukan...

Wanita dilarikan ke Indonesia dibawa pulang

Nuridayu diiringi suaminya Mohd Riduan Abdul Razak sejurus tiba di balai ketibaan KLIA selepas dilaporkan dilarikan seorang lelaki warga Indonesia 22 Jun lalu. SEPANG - Ibu tiga anak, Nur Idayu Aziz, 34, yang dipercayai dilarikan sekumpulan warga Indonesia ke Jawa Timur hampir sebulan lalu, berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M). Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menyambut ketibaan wanita itu bersama suaminya, Mohd Riduan Abdul Razak, 34, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan misi diketuai...

30 individu dikaitkan tindakan keganasan di Sabah

Mahkamah Kota Kinabalu - Gambar Hiasan KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17-27 September bagi perbicaraan 30 individu - 27 warga Filipina dan tiga rakyat Malaysia - yang didakwa dengan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti keganasan di Sabah.     Mengambil kira jumlah yang dituduh yang akan dibicarakan bersama, Hakim P. Ravinthran menetapkan Pusat Pasukan Gerakan Am di Kinarut, sebagai tempat perbicaraan.     Beliau juga berkata tempoh perbicaraan memadai memandangkan pendakwaan akan memanggil sekurang-kurangnya 50 saksi.     Daripada tiga rakyat Malaysia itu, seorang wanita menghadapi...

Zulfahmi longlai sekadar ke-16 di GP Jerman

Sachsenring (Jerman): Penunggang harapan negara, Mohd Zulfahmi Khairuddin terus mempamer aksi longlai apabila mencatat kedudukan ke-16 Grand Prix Jerman, semalam yang menyaksikan jaguh muda Repsol Honda, Marc Marquez melakar kemenangan keduanya dalam kelas elit MotoGP musim ini. Selepas gagal mengutip mata di Assen, Belanda dua minggu lalu, Zulfahmi yang memulakan perlumbaan di petak ke-12 di Litar Sachsenring tampak meyakinkan di awal perlumbaan sehingga pada satu ketika berada di posisi kesembilan sebelum dipintas pelumba lain dalam perlumbaan Moto3 yang dimenangi pelumba Estrella, Alex Rins.  “Saya berlumba dengan baik di awal perlumbaan...

Pelampau Yahudi cemari al-Aqsa

Pencerobohan Masjid al-Aqsa semakin berleluasa walaupun pihak berkuasa Israel memperhebatkan kawalan di pintu masuk. Foto: AP BAITULMAQDIS - Kira-kira 90 pelampau Yahudi bertindak biadab dengan mengotorkan Masjid al-Aqsa pada hari pertama Ramadan, menurut Yayasan al-Aqsa bagi Pembiayaan dan Warisan, kelmarin. Dipetik PIC, pegawai kanan yayasan itu, Mahmoud Abu Ata berkata, tindakan provokasi oleh puluhan pelampau termasuk wanita itu sengaja dilakukan ketika ratusan penduduk Palestin sedang berada di pekarangan masjid tersebut. Mahmoud turut memberi amaran insiden pencerobohan sama mungkin akan berlaku pada masa hadapan walaupun pihak berkuasa...

Harga runtuh Honda Jazz

Roslan (kiri) dan Ueno pada majlis pelancaran Honda Jazz CKD di Petaling Jaya, semalam. Honda Malaysia Sdn Bhd semalam melancarkan Honda Jazz enjin petrol pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan pada harga kira-kira RM25,000 lebih rendah berbanding model import sepenuhnya (CBU) yang ditawarkannya sebelum ini. Honda Jazz CKD itu ditawarkannya pada harga atas jalan RM74,800 seunit berbanding hampir RM100,000 bagi model CBU sebelumnya. Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, berkata Jazz enjin petrol CKD itu adalah model pertama dalam sejarah Honda Malaysia sejak ia ditubuhkan pada 2000, dijual pada harga di bawah...

Kemarau Rossi berakhir di Assen

Assen: Juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi merangkul kejuaraan pertama sejak Grand Prix Malaysia 2010 dengan menjuarai GP Belanda, kelmarin ketika rakan sepasukannya daripada Yamaha, Jorge Lorenzo menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima - hanya dua hari selepas patah tulang bahu. Saya gembira namun saya sukar untuk mempercayainya, kata Rossi, 34 yang memilih untuk kembali bersama Yamaha musim ini. Ia perasaan yang hebat untuk kembali ke tempat pertama. Ia masa yang amat-amat panjang sejak Sepang 2010 dan sejak tahun itu saya sentiasa bertanya diri saya soalan? Bolehkan saya kembali menang? Jadi ia adalah masa yang sukar namun...

Raikkonen berdiam tentang spekulasi Red Bull

Kimi Raikkonen meneruskan persona 'Iceman' walaupun diselubungi dengan spekulasi tentang kekosongan di Red Bull. Seminggu lepas, Mark Webber telah mengumumkan persaraannya daripada Formula One di akhir tahun ini untuk menyertai program kereta luma Porsche dan ketua pasukan Red Bull, mengesahkan Raikkonen sebagai calon ganti.Raikkonen yang akan bersaing untuk posisi itu dengan duo Toro Rosso, Daniel Ricciardo dan Jean-Eric Vergne, telah mengejek sidang media yang berani bertanya tetang masa depannya."Hanya empat hari lalu kamu tanya, dan tidak ada apa-apa yang berubah," kata pemandu Lotus itu.Bila ditanya jika beliau memikir tentangnya, Raikkonen...

May - Gadis Bertudung Putih (Lagu Lirik/kord)

intro Em G   8x Em G 5x wajah sering yang memukau pesona dipandang     Am                 Em terpegun dan terkhayal sejenak     Am           G             D       Em matamu kemilau bagaikan ada syurga didalamnya Em G 5x aku ingin bersama memiliki sebuah kota     Am             Em bersamamu aku diyakinkan     Am         G berada dinun tengah tengah        D           Em persimpangan...

Bahana teknologi

Sudah bertahun isu rokok elektrik dibincangkan, daripada kesan buruk hinggalah kandungan yang memudaratkan kesihatan, rokok elektrik, ‘e-rokok’ atau nama lainnya ‘vaper’ tetap menjadi pilihan perokok muda malah semakin digilai ramai. E-rokok yang pertama kali diperkenalkan di China pada Mei 2004 ini secara langsung memberi kesan sampingan seperti penyakit berbahaya walaupun ada dakwaan mengatakan ia mampu menghentikan tabiat merokok. Virus baru Menurut sumber, kelompok remaja yang menghisap rokok elektrik kini dilihat semakin ramai malah ia ibarat virus apabila menunjukkan peningkatan setiap tahun. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)...

Syarat tambahan pinjaman bank

Bank Negara mahu elak hutang isi rumah berlebihan, berkuat kuasa serta-merta Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. Langkah yang berkuat kuasa serta-merta itu, membabitkan pinjaman oleh semua institusi kewangan yang dikawal selia Bank Negara serta koperasi kredit di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Malaysia Building Society Bhd dan AEON Credit Service (M) Bhd. Syarat berkenaan ialah mengenakan tempoh maksimum...

Musnahnya terowong Gaza

RAFAH - PALESTIN - Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali berulang. Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan merobohkan terowong yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting Gaza. Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera sebagai perisai. Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan...

Sabah diceroboh: Masih ada rahsia belum didedah

Sabah diceroboh KUALA LUMPUR - Terdapat perkara sulit berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah yang belum didedahkan kepada umum, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Menurutnya perkara itu masih dirahsiakan kerana tidak mahu menjejaskan proses mahkamah yang kini dalam proses pendakwaan.   "Masih ada lagi yang belum diceritakan mengenai mengapa semua ini terjadi, kami akan tunggu masa yang sesuai untuk mendedahkannnya...adalah sukar untuk menerima hakikat kira-kira 200 orang berpakaian celoreng dan bersenjata secara tiba-tiba muncul," katanya.   Beliau berkata kepada pemberita selepas syarahan bertajuk...

Ceroboh Sabah: Kerjasama asing punca lewat tindak

Sabah diceroboh KUALA LUMPUR - Penyiasatan yang memerlukan kerjasama negara asing merupakan antara sebab berlaku kelewatan dalam tindakan untuk menangani kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.   Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaffar berkata memandangkan penceroboh merupakan rakyat asing, siasatan yang dijalankan polis tertumpu kepada tujuan kemasukan terlebih dahulu dalam usaha menjaga hubungan serantau antara Malaysia dan Filipina.   "Setelah memulakan siasatan dan apabila polis diserang barulah diketahui kelompok ini bertujuan menceroboh dan mengganas. Namun penyiasatan juga melihat kepada...

Timbalan menteri: Proton, Perodua lebih murah dari Honda

PARLIMEN Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata, kereta nasional Perodua dan Proton dijual dengan harga paling murah di Asean. Malah, katanya, model seperti Myvi dan Saga lebih murah berbanding harga kereta jenis Honda Rio di Thailand dan Indonesia. "Ingin saya maklumkan bahawa harga kereta bagi enjin 1.3 liter di Malaysia adalah yang terendah di negara Asean jika dibanding dengan Thailand dan Indonesia. "(Kereta) Perodua Myvi dan Proton Saga, masing-masing dijual dengan harga RM45,000 ribu dan RM33,888 berbanding dengan model Honda Rio di Indonesia dan Thailand yang berharga RM47,000 ribu," katanya. Beliau...

Facebook perkenal video guna Instagram

Facebook menambah video kepada aplikasi perkongsian gambar popular, Instagram berikutan perkembangan aplikasi perkongsian video milik Twitter, Vine. Pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom berkata, pengguna boleh merakam dan berkongsi klip 15 saat hanya dengan menyentuh ikon video dalam aplikasi terbabit. Mereka juga boleh menggunakan suntingan kepada video untuk menambah kontras, sama ada menjadikan ia hitam putih atau warna lain. Vine dilancarkan pada Januari lalu, mempunyai 13 juta pengguna dan membolehkan orang ramai membuat dan berkongsi klip video selama enam saat. Instagram mempunyai 100 juta pengguna, meningkat 20 juta apabila...

Pages 371234 »