Sujud syukur Hafizh

Kuala Lumpur: Hafizh Syahrin Abdullah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dalam usia 18 tahun, dia telah mencipta nama sebagai antara penunggang paling cemerlang dalam saingan Moto2. Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia ini adalah juara CP115 (2009), CP130 (2010), SuperSports 600cc ARRC di Qatar dan juara CEV Buckler di Sepanyol. Kenapa setiap kali memenangi perlumbaan, terutama di saingan CEV Buckler dalam saingan GP 2 di Sepanyol , anda terus bersujud. Apakah maknanya pada anda?  Saya sentiasa berdoa agar selamat dan memberikan persembahan terbaik setiap perlumbaan. Berkat usaha dan doa, saya dapat me menangi perlumbaan. Saya bersu jud tanda...

Tandas paling ekstrem di dunia

London: Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia. Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut. Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh. Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu. TANDAS paling ekstrem di Pergunungan Altai...

3 JENIS MAKANAN UNTUK PEMBESARAN ALAT KELAMIN LELAKI

Ribuan lelaki di seluruh dunia ingin mempunyai zakar (Mr P) yang lebih besar. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana kebanyakan wanita lebih suka lelaki dengan jantina yang lebih besar. Makanan apa saja yang boleh membesarkan zakar? Pembesaran zakar boleh menjadi masalah yang serius, tetapi kebanyakan lelaki tidak tahu di mana memulakan ketika mereka ingin mendapatkan tambahan inci. Ada beberapa kaedah yang umum digunakan untuk meningkatkan saiz zakar dari operasi pembesaran zakar, pam pembesaran zakar, latihan pembesaran zakar, dan penggunaan pil herba. Beberapa kaedah ini bekerja dan yang lain tidak. Sejujurnya, sebahagian besar lelaki akan...

Bekas guru percaya adiknya jadi hamba di London

Siti Aishah Abdul Wahab - Foto Ihsan The Telegraph oleh Dean Nelson SHAH ALAM - Sebuah keluarga di Negeri Sembilan mengesahkan wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah anggota keluarga mereka yang hilang selepas menyertai kumpulan Maoist di sana. Guru pencen, Kamar Mautum Abdul Wahab dari Jelebu berkata, beliau yakin adiknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu. Kehilangan Aishah katanya menyebabkan keluarganya berasa cukup sedih. Malah ujar Kamar, ibunya telah meninggalkan wasiat supaya Aishah  dijejaki. "Saya...

Azlan pahat nama

Kuala Lumpur: Azlan Shah Kamaruzaman mencatat sejarah membanggakan apabila bergelar juara keseluruhan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, semalam. Penunggang Musashi Boon Siew Honda Racing itu muncul pelumba kedua Malaysia memenangi gelaran SuperSports 600cc di pentas Asia selepas kali terakhir dimenangi Chia Tuck Cheong pada 2000 dan 2001. Selain itu, Azlan turut menamatkan saingan musim 2013 dengan kejayaan manis apabila meraih kejayaan berganda dengan memenangi kedua-dua perlumbaan akhir. Dua kemenangan pada pusingan terakhir meletakkan Azlan di tangga teratas dengan...

Benci sayur

Ramai tahu kepentingan diet seimbang, tetapi tidak amal dalam pemakanan Kajian Kesihatan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2011 mendapati, 92.5 peratus orang dewasa tidak mengambil buah-buah dan sayuran setiap hari, meskipun ramai menyedari kepentingannya sebagai diet seimbang. Pakar Perunding Pemakanan The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam, berkata setiap insan memerlukan dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayur-sayuran setiap hari. " Buah yang dimakan dicerna dan penyerapan nutrien akan diproses oleh badan dan tiada bezanya sama ada diambil sebelum atau selepas makan." Indra Balaratnam, Pakar Perunding Pemakanan The Food...

Polis yakin dapat jejak Joemar

KUALA LUMPUR: Polis yakin akan dapat menjejaki rakan suspek utama kes rompakan dan bunuh pegawai Ambank, dikenali sebagai 'Joemar' walaupun jika lelaki itu melarikan diri ke luar negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini kerana Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Interpol dan hubungan dua hala dengan negara-negara jiran. "Kalau dia lari luar (negara) pun kami akan cari dia juga, kami ada platform bersama Interpol, kami ada hubungan bilateral (dua hala) dengan jiran-jiran. "Jadi kami akan dapatkan bantuan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Keselamatan Ekonomi 2013 di Hotel Istana di...

Bekas pengawal keselamatan didakwa bunuh pegawai AmBank

SUSPEK utama kes pembunuhan pegawai Ambank, Loade Ardina Laode Rasila dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pagi ini selepas didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. PETALING JAYA: Bekas pengawal keselamatan, Laode Ardina Laude Rasila, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib, di Subang Jaya, 23 Oktober lalu. Tertuduh yang berasal dari Sulawesi didakwa membunuh mangsa di dalam bangunan AmBank cawangan USJ Subang Jaya pada jam di antara 6 dan 6.30 petang. Laode Ardina didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang...

Hafizh hampiri kelompok tiga penunggang terbaik

Hafizh kini hanya dibezakan tujuh mata daripada penghuni tangga kedua dan 27 mata di belakang pendahulu. Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah kini semakin hampir untuk menamatkan saingan CEV Repsol Sepanyol 2013 di kelompok tiga terbaik dengan perlumbaan akhir musim di Jerez hujung minggu ini menjadi penentu. Penunggang Petronas Raceline Malaysia itu kelmarin menamatkan perlumbaan di tangga pertama di Valencia - untuk mencuri 25 mata berharga daripada dua pesaing utama yang kini menghuni tangga pertama dan kedua di kedudukan carta keseluruhan. Dengan 25 mata itu, Hafizh kini hanya dibezakan tujuh mata daripada penghuni...

Miros: Kereta lebih 12 tahun tidak selamat

MELAKA - Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu. Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan. "Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta...

Industri auto negara mesti dikekalkan - Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR - Industri auto negara perlu dikekalkan jika Malaysia mahukan imbangan dagangan yang positif. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sejumlah RM12 bilion akan mengalir keluar negara jika semua kereta diimport dan pada masa yang sama akan berlaku peningkatan dalam defisit dagangan. "Kereta nasional jelas banyak menyumbang dalam mengurangkan defisit dagangan dan membantu mewujudkan industri kejuruteraan, yang berkembang melepasi pengeluaran kereta. "Ia juga membantu merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju, yang memerlukan perindustrian tahap tinggi, pengukuhan...

Ongetta-CBC pasukan baru Zulfahmi

Zulfahmi tidak lagi mewakili Red Bull KTM Ajo musim depan. Kuala Lumpur: Penunggang Red Bull KTM Ajo, Zulfahmi Khairuddin bakal berubah angin ke pasukan baru Ongetta-CBC untuk saingan Moto3 musim depan dengan ikatan kontrak selama setahun. Perkembangan itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali sambil menyatakan anak kelahiran Banting, Selangor itu bakal bergandingan dengan pelumba Perancis Alexis Masbou yang menamatkan musim 2013 di tangga kelapan. Lima terbaik “Zulfahmi akan bersama Ongetta CBC yang berpangkalan di Mugello, Itali musim depan,” kata Razlan ketika dihubungi semalam. “Saya...

Rakan suspek utama kes Ambank masih di Malaysia

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan bersama pegawai penyiasat menunjukkan wang yang dirampas dan gambar rakan suspek, pengawal keselamatan yang menembak pegawai bank, semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini. SHAH ALAM - Polis percaya rakan pengawal keselamatan yang didakwa menembak mati pegawai bank, Norazita Abdul Talib semasa merompak AmBank cawangan Subang Jaya, masih lagi berada di negara ini.     Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata lelaki tersebut yang dikenali sebagai "Joemar" dipercayai menunggu di luar bank bagi membantu pengawal keselamatan berusia 35...

Joemar simpan duit rompakan

Kuala Lumpur: Senjata jenis pump gun digunakan dalam kejadian samun dan menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Talib, 37, pada 23 Oktober lalu berjaya ditemui dalam longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, semalam. Senjata berkenaan ditemui sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas memulakan pencarian di kawasan berkenaan jam 9 pagi sejurus suspek utama kes itu yang ditahan di Kota Tinggi, Johor, kelmarin memaklumkan lokasi senjata itu dibuang selepas kejadian berkenaan. Operasi pencarian selama dua jam itu berhasil...

Puas hati pembunuh isteri diberkas

Irwan (tengah) bersama anak-anak serta ibu dan bapa mertuanya ketika ditemui di rumah kakak iparnya di Subang Bestari, semalam. SHAH ALAM - "Saya bersyukur dan amat lega apabila mengetahui suspek yang membunuh isteri akhirnya diberkas polis," kata Irwan Kamarudin, 37, suami kepada pekerja AmBank, Norazita Abu Talib yang maut ditembak pengawal keselamatan dalam kejadian di USJ Sentral 2, 23 Oktober lalu. Irwan ketika ditemui di rumah kakak iparnya di Subang Bestari, di sini, semalam, berkata, dia dan keluarga khasnya anak-anak sangat gembira mendengar perkhabaran tersebut. Beliau berkata, pada mulanya dia tidak mengetahui penahanan suspek...

Polis buru rakan tembak pegawai Ambank

Suspek kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank Subang Jaya dikawal ketat oleh anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Petaling Jaya di sini hari ini selepas ditahan di Kota Tinggi di Petaling Jaya, awal pagi tadi. Dalam kejadian 23 Okt lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan. KUALA LUMPUR - Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai 'Joemar' yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.   Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid...

Ahmad Busu meninggal dunia

KLANG: Pelakon dan pelawak veteran Ahmad Busu, 60, yang lebih dikenali sebagai Mat Deris dalam sitkom `Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ meninggal dunia akibat strok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, awal malam tadi. Beliau yang menghidap diabetes sejak 20 tahun lalu, sebelum ini dilaporkan terkena serangan strok dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum dirawat di HTAR hingga menghembuskan nafas terakhir, kira-kira 8 malam tadi. Jenazah beliau akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Sri Andalas Klang dekat sini. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak. Ahmad sering digandingkan dengan Imuda yang memegang...

Suspek bunuh pegawai bank sembunyi di rumah kosong

Suspek kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank Subang Jaya dikawal ketat oleh anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Petaling Jaya di sini hari ini selepas ditahan di Kota Tinggi di Petaling Jaya, awal pagi tadi. Dalam kejadian 23 Okt lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan. KUALA LUMPUR - Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis. Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek...

Suspek kes rompak dan tembak mati pegawai bank AmBank diberkas

Twitter rasmi PDRM melaporkan kes tangkapan suspek, pagi ini. KUALA LUMPUR: Suspek yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter Rasmi beliau. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.  -BHar...

Bala ilmu penunduk

Kuala Lumpur: Bimbang suami ingin berkahwin lain atau lebih mengambil berat terhadap ibu kandung, dua wanita ini sanggup melakukan amalan syirik dengan menggunakan sihir atau ilmu penunduk menggunakan benda kotor dan jampi serapah untuk menjinakkan suami. Jumma, 38, berbuat demikian kerana suaminya mahu berkahwin dengan seorang janda berikutan belum dikurniakan anak selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, manakala Ani, 45, menggunakan ilmu penunduk terhadap suami kerana cemburukan ibu mentuanya sendiri. Kedua-dua wanita itu adalah contoh segelintir golongan isteri di negara ini yang sanggup menyihir suami demi kepentingan diri. Agama...

Pak Guard Azman jadi pelakon...

PENGAWAL keselamatan, Azman Md Nayan sekali lagi menjadi bualan ramai di alam maya apabila fotonya bersama aktres jelita, Izara Aishah dan pelakon meningkat naik, Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di sebuah lapangan terbang tersebar luas. Difahamkan, mereka sedang menjalani penggambaran untuk drama TV9, Cinta Pandang Ke-2 arahan pengarah berbakat besar M Nazir Juhan atau Jet Lee. Penampilan pengawal keselamatan itu yang sebelum ini terlibat kontroversi kerana insiden maki hamun oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai. Selain ada yang memuji, ada juga menyifatkan bahawa...

Insiden culik bayi 19 jam berakhir

SARAH mendukung Freddie selepas bayi itu ditemui semula di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Episod sedih seorang guru wanita warga Britain kehilangan anak tunggalnya berusia 20 bulan yang dilarikan dua individu di Bangsar di sini kelmarin berakhir apabila bayi lelaki itu ditemui semalam. Freddie Joseph, anak hasil perkongsian Sarah Joseph, 38, dan bekas suaminya, seorang warga Filipina dijumpai di Taman Tasik Titiwangsa di sini pada pukul 1.20 petang, kira-kira 19 jam selepas dia diculik. Jarak antara lokasi mangsa dilarikan dan tasik itu kira-kira 11 kilometer. Ketika ditemui, seorang pesara kerajaan, Hamid...

Masih elok selepas 40 tahun

SANAK-SAUDARA terus mengunjungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak, Segamat semalam. SEGAMAT – Allahyarham Mohd. Said Ahmad yang jenazahnya masih sempurna selepas kuburnya digali kelmarin bukan sahaja seorang yang warak semasa hayatnya malah tidak pernah lekang membaca al-Quran jika ada masa terluang. Anak Allahyarham, Jaafar Mohd Said, 78, berkata, sepanjang hayatnya, dia mendapati ayahnya yang sangat penyabar itu tidak pernah marah walaupun dia merupakan penghulu Mukim Gemereh. Malah kata beliau, ayahnya yang meninggal dunia pada tahun 1970-an ketika berusia 78 tahun, suka menolong orang yang dalam kesusahan. Menurutnya, sifat...

Pages 371234 »