
MENDIANG Elizabeth Taylor dan Michael Jackson merupakan dua selebriti yang telah meninggal
dunia tetapi masih meraih pendapatan tahunan mencecah ratusan juta ringgit.
BINTANG legenda Hollywood, Elizabeth Taylor telah mengalahkan sahabat baiknya, Michael Jackson dalam senarai selebriti mati terkaya di dunia.
Menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, untuk tempoh dari Oktober tahun lepas hingga Oktober tahun ini, mendiang Taylor telah mengumpul pendapatan tertinggi berjumlah AS$210 juta (RM672 juta) dengan sebahagian besarnya iaitu RM592 juta adalah hasil daripada lelongan barangan peninggalannya yang termasuklah...