
Kepelbagaian ikan di sungai adalah satu warisan rakyat Malaysia. Usaha konservasi dilaksanakan dalam usaha memastikan spesies ikan air tawar itu terpelihara dan diurus secara lestari di Taman Negara.
Santuari ikan kelah berperanan sebagai inisiatif konservasi in-situ spesies ikan kelah di habitat asalnya. Aktiviti penyelidikan seperti kajian populasi dan habitatnya turut dilaksanakan.
Kejayaan pemuliharaan spesies ikan kelah di santuari yang diwujudkan itu membolehkan populasi ikan bertambah di sungai-sungai Taman Negara dan kawasan perlindungan lain.
Populasi kelah masih wujud di hulu sungai seperti di Lubuk Tenor, Sungai Tahan, Pahang;...