Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital

Keadaan bayi yang terperangkap di dalam saluran paip kumbahan, di China. - Foto BBC BEIJING - Seorang bayi lelaki di China yang diselamatkan dari paip kumbahan telah keluar dari hospital semalam. Bayi itu diselamatkan selepas tersekat di paip kumbahan sebesar 10 sentimeter Sabtu lalu. Ibunya yang berusia 22 tahun berkata, bayinya terjatuh dalam tandas dan tersekat di dalam lubang tandas ketika dilahirkan. Polis pada mulanya menganggap kes itu sebagai cubaan bunuh berdasarkan keadaan bayi itu yang berada di paip kumbahan. Tetapi menurut polis, tiada sebarang bukti menunjukkan ia merupakan cubaan bunuh. “Kes ini merupakan satu kemalangan....

Luna, Ariel hanya kawan

Pengarah Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi (kanan), Luna Maya dan Fauzan Nasrul pada majlis pengumuman tayangan perdana filem Pintu Harmonika. Artis Indonesia enggan ulas lanjut hubungan dengan vokalis kumpulan Noah, tumpu perhatian kepada perniagaan, mengarah Tersenyum wanita ini apabila diajukan soalan mengenai hubungan sebenarnya bersama vokalis kumpulan Noah, Ariel, ketika ini. Tidak melatah tatkala dihujani pertanyaan berhubung perkara itu, sebaliknya Luna Maya tenang selain sedaya upaya memberikan jawapan yang berlapik. Bersikap profesional, pelakon yang juga pengacara berusia 30 tahun ini menganggap hubungan mereka kini...

Bayi dibuang dalam lubang tandas selamat

Anggota bomba berjaya mengeluarkan bayi yang dibuang ibunya ke dalam lubang tandas di wilayah Zhejiang di timur China semalam. Gambar kecil, anggota bomba cuba memecahkan sebahagian saluran paip untuk mengeluarkan bayi berkenaan. Bomba China guna gergaji, pelayar keluarkan budak tersekat dalam paip kumbahan Beijing: Seorang bayi lelaki baru lahir, dipercayai dibuang ibu bapanya ke dalam lubang tandas, ditemui masih hidup dan berjaya diselamatkan anggota bomba di timur China, selepas tersangkut di saluran paip kumbahan semalam. Polis menyifatkan kes itu sebagai cubaan membunuh dan sedang memburu ibu bapa bayi malang itu. Penduduk China turut...

Wings ft. Hattan - Dia (Lagu Lirik/kord)

         Intro: A  D  A  Bm  E           huuuu...         A         Dia                C#m         Menghimpit dengan mesra        D         Dan kerananya aku hilang         F                      A         Darah dan menjerut ingatan    Bm                    E    ...

Uztaz Azhar Idrus Nikah Kali Ketiga

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar di Hulu Klang, Gombak, semalam. Azhar yang berbaju kelabu dan berkopiah hadir ditemani isteri pertama dan keduanya, Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26, sebelum dinikahkan jam 11.52 pagi. Majlis pernikahan itu turut dihadiri saudara-mara, kenalan serta tetamu diundang. Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun yang turut hadir pada majlis itu berkata isteri Azhar dikenali sebagai Izyan, 27, dan berasal dari Johor. “Saya dimaklumkan wanita dinikahi Ustaz Azhar adalah...

Gangguan emosi ibu hamil

Masalah boleh sebabkan fizikal bayi cacat, kelahiran pramatang Kehamilan boleh membuatkan anda ketawa dan menangis tanpa sebab. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak, selain dipengaruhi emosi sebelum bergelar ibu bapa. Bagaimanapun, setiap bakal ibu mengalami perubahan emosi yang tidak sama ketika hamil. Ada yang muram dan ada yang ceria. Tidak kurang juga bakal ibu yang mengalami tekanan perasaan. Ia kebiasaannya memuncak pada minggu keenam hingga 10 minggu kandungan dan semakin berkurangan apabila memasuki trimester kedua. Akhirnya hilang begitu saja sewaktu kandungan semakin sarat. Perasaan...

Turun harga kereta perlukan masa

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton, kata JF Apex Securities.      Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.      "Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara  menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex.      Kerajaan berjanji menurunkan harga kereta antara...

Zulfahmi tidak alami kecederaan serius

Zulfahmi Khairuddin berkata beliau tidak mengalami kecederaan serius ekoran terlibat dalam insiden kemalangan ketika beraksi di Litar Le Mans. Pelumba berusia 21 tahun itu berkata berdasarkan laporan yang dikeluarkan Institut Sukan Negara (ISN), kecederaan yang dialaminya termasuk kecederaan lama pada pergelangan tangan kirinya tidak serius dan tidak perlu dilakukan pembedahan. "Saya telah membuat x-ray di ISN semalam. Alhamdulillah tiada apa-apa. Saya yakin pada perlumbaan akan datang, semua okay," katanya selepas membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di sini Rabu. Zulfahmi yang beraksi bersama pasukan...

Berlatih hingga ketagih

Siapa sangka kanak-kanak yang dulunya menjual surat khabar di tepi jalan dengan bayaran RM5 setiap dua jam seawal usia 13 tahun dan pernah bekerja sambilan di kedai cat kereta dan makanan segera sehingga berusia 17 tahun, kini muncul sebagai pelumba yang bukan saja dikenali di Malaysia malah di Eropah. Malah kerana minat yang begitu mendalam dalam sukan permotoran menyebabkan pemilik nama sebenar Muhammad Zulfahmi Khairuddin, 22, mencuba nasib dalam pemilihan Cub Prix ketika berusia 13 tahun menerusi pasukan Aprillia Junior GP. Seterusnya semasa berumur 17 tahun dia mendapat tawaran daripada Modenas untuk berlumba di Cub prix dan sudah semestinya...

Patma dan tiga pekerja ladangnya dihukum mati

SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya  dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011. Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu. Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan,...

Luna masih berhubung dengan Ariel

LUNA MAYA yang pernah berhadapan dengan kontroversi video porno bersama vokalis Ariel mengaku keluarga dan teman rapat banyak memberi semangat buat dia bangkit menghadapi realiti kehidupan. TOLAK ketepi kontroversi video seks bintang popular Indonesia, Luna Maya bersama bekas teman lelakinya, Ariel Peterpan (kini Ariel Noah) yang melanda satu ketika dulu. Pertama kali bertemu dengan aktres tinggi lampai itu, ternyata Luna bukan sahaja seorang yang jelita, tetapi juga bijak dalam mengeluarkan kata-kata. Aktres berusia 30 tahun itu juga sangat merendah diri dan tenang sahaja memberi jawapan biarpun diasak pelbagai soalan daripada media Malaysia...

Isteri ke-14 Raja Mswati?

London: Seorang gadis kini memohon suaka di Britain selepas dia ingin dijadikan isteri ke-14 pemerintah Swaziland, Raja Mswati III. Tintswalo Ngobeni, 22, melarikan diri dari negara di selatan Afrika itu ke England ketika masih berusia belasan tahun selepas menarik perhatian raja berkenaan yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya. Sebagai sebahagian daripada adat Swaziland, Mswati III, 45, dibenarkan memilih isteri baru pada setiap tahun. Tintswalo berkata, dia meninggalkan negara kelahirannya ketika berusia 15 tahun dan kini menetap di Birmingham. Menceritakan pengalamannya dilamar, Tintswalo berkata, dia menarik perhatian raja itu ketika...

Senarai barisan kabinet Persekutuan 2013

PUTRAJAYA - Berikut ialah senarai barisan kabinet Persekutuan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini:       Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak     Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin     Menteri di Jabatan Perdana Menteri     Datuk Seri Jamil Khir Baharom     Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)     Datuk Seri Idris Jala (Senator)     Tan Sri Joseph Kurup     Datuk Seri Shahidan Kassim     Nancy Shukry     Datuk Joseph Entulu...

Jolie jalani pembedahan

LOS ANGELES - Pelakon jelita Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan, dia telah menjalani pembedahan mastektomi pada kedua-dua payudaranya pada awal Februari hingga April lalu. Jolie berkata, dia menjalani pembedahan itu selepas mengetahui dirinya membawa gen yang boleh menyebabkannya menghidap kanser payudara. Bagaimanapun, Jolie menyembunyikan pembedahan itu daripada pengetahuan orang ramai sehingga dia mendedahkan berita itu menerusi artikelnya yang berjudul My Medical Choice di akhbar New York Times semalam. Bintang filem berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa antara awal Februari hingga akhir April lepas, dia menjalani pembedahan ke...

China berusaha selamatkan oasis berusia 2,000 tahun

GAMBAR yang dirakamkan pada 12 Mei lalu menunjukkan Tasik Bulan Sabit di Dunhuang. - AFP BEIJING - Pemerintah China berusaha untuk menyelamatkan sebuah oasis yang berusia 2,000 tahun yang terletak enam kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China. Oasis yang merupakan kawasan berair di sebuah kawasan padang pasir itu kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir. Kawasan oasis itu dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan sabit. Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006. - ...

Iktibar 13 Mei

HARI ini 13 Mei - tarikh yang sangat sinonim dalam sejarah negara. Pada tarikh ini kira-kira 43 tahun lalu, berlaku peristiwa berdarah yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh rakyat terutama mereka yang mengalami sendiri peristiwa berdarah itu. Lebih menyayat hati, ada antara mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-gara perbalahan antara kaum itu, hilang keluarga dan tempat bergantung akibat tragedi itu. Bagi generasi baru, tarikh itu mungkin tidak meninggalkan kesan. Mereka tidak mungkin merasai pahitnya perasaan kehilangan, pedihnya maruah dipermainkan apatah lagi berasa gerun kerana nyawa berada di hujung tanduk. Jika...

Selamat tinggal Fergie

London: Pengurus Manchester United Alex Ferguson akan bersara hujung musim ini selepas 26 tahun membimbing kelab itu, penamat karier paling gemilang sebagai pengurus dalam arena bolasepak Britain. Juara Liga Perdana Inggeris itu semalam mengesahkan Ferguson, 71, akan mengundur diri sejurus kali terakhir mengemudi United beraksi menentang West Brom pada perlawanan terakhir liga 19 Mei ini. “Keputusan untuk bersara adalah sesuatu yang saya fikirkan sejak sekian lama dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengambil keputusan ini. Inilah masa yang paling tepat,” kata Ferguson yang mengemudi kelab itu mengharungi 1,498 perlawanan dalam laman web rasmi...

BN kuasai 133 kerusi Parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan kepemimpinan meraikan kejayaan Barisan Nasional membentuk kerajaan untuk PRU-13, semalam. 'Tsunami kaum Cina' antara punca undi berkurangan Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila menguasai 133 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Pakatan pembangkang pula mendapat 87 kerusi dengan DAP memperoleh 38 kerusi, PKR (28 kerusi) dan PAS (21 kerusi). Kita perlu mengadakan penyatuan nasional supaya sikap ekstremis dan isu perkauman tidak sihat...

HARI PENENTUAN

13.2 juta pengundi pilih tampuk pemerintahan Kuala Lumpur: Hari ini pengundi akan membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk menentukan tampuk pemerintahan negara bagi tempoh lima tahun selepas 15 hari parti yang bertanding berkempen. Kira-kira 13.2 juta pengundi, termasuk 2.3 juta pengundi baru akan membuat pilihan antara Barisan Nasional (BN) yang mempunyai rekod tidak pernah kalah sejak pilihan raya pertama pada 1959 dan memerintah negara selama 55 tahun dan pakatan pembangkang PAS-PKR-DAP. Sebanyak 222 kerusi Parlimen menjadi rebutan 579 calon pelbagai parti dan calon bebas, manakala 1,321 lagi calon merebut 505 kerusi...

Advertorial: Percutian Pandu Sendiri Di Adelaide

Adelaide menawarkan gabungan gaya hidup dan keindahan semulajadi yang amat menakjubkan. Selain menjadi tuan rumah kepada ladang anggur dan hasil tempatan yang dikatakan antara yang terbaik di Australia, anda juga boleh menikmati pengalaman sekali dalam seumur hidup berjalan di kalangan anjing laut di Seal Bay, Kangaroo Island. Buat anda yang ingin melihat sisi berbeza Adelaide dan rantau sekelilingya, dari perubahan dramatik lanskapnya ke persisiran pantai dan pemandangan nan indah, percutian pandu sendiri tidak harus dilepaskan. Sama ada ia laluan 4WD di kawasan gurun atau laluan sepanjang tepi pantai, Selatan Australia cukup sempurna untuk...

Pages 371234 »