Ceroboh Sabah: Laporan positif media perkasa ATM

Sabah diceroboh MELAKA - Laporan positif media mengenai kejayaan pasukan keselamatan mematahkan konflik penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Sabah telah memperkasakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di persada dunia.   Panglima Angkatan Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Mohamed Noor berkata ATM menjadi terkenal dan dihormati di luar negara disebabkan laporan media yang positif terhadap perjuangan pasukan keselamatan dalam menewaskan penceroboh secara efektif.   Beliau berkata hasil laporan positif media itu telah meyakinkan negara luar untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan Malaysia dalam bidang...

Pening politik kawan sekerja

Siapa mahu pening kepala hanya semata-semata untuk melayan perangai rakan-rakan sekerja yang cuba untuk menjatuhkan kita, berlaku pengkhianatan semasa menjalankan tugas dan ada pula yang cuba mendapatkan semua kredit untuk diri sendiri walaupun itu adalah usaha orang lain. Ada pula yang mengapi-apikan rakan baik, sabotaj dan ini semua berpunca daripada perasaan cemburu dan sebagainya. Ada pula yang cuba berbaik-baik dengan pihak atasan atau majikan semata-mata mahu kesenangan naik pangkat atau untuk dapatkan kemudahan lain dan dengan rela hati menjadi mata dan kepala majikan bagi memantau keadaan pejabat. Pantang melihat kejayaan rakan sekerja...

Perang psiko Kiram

KOTA KINABALU  -  Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib  mengakui  pengganas Kiram  kini terpaksa melancarkan perang saraf  bertujuan untuk  memberikan semangat kepada  ahli-ahlinya untuk kembali kepada objektif asal mereka mahu merampas Kepulauan Borneo. Beliau berkata, tindakan menyebarkan berita  kononnya berlaku pertempuran antara pihak  pengganas dan  pasukan keselamatan di Kampung Dengan, Tungku sebagai salah   bukti bahawa mereka sudah kehilangan sokongan daripada ahli-ahlinya. “Ini taktik yang sudah kita jangka, kumpulan pengganas itu kini semakin   hilang sokongan...

Zulfahmi tetap dapat sanjungan Red Bull KTM Ajo

Kuala Lumpur: Walaupun gagal menaiki podium selepas enam perlumbaan musim ini, tetapi prestasi Zulfahmi Khairuddin masih mendapat sanjungan dan pujian daripada pengurusan pasukannya, Red Bull KTM Ajo. Pengurus pasukan Red Bull KTM Ajo, Aki Ajo menyifatkan pelumba kelahiran Banting, Selangor itu sudah mempamerkan peningkatan prestasi memberangsangkan sejak dua tahun lalu dan berada di landasan tepat untuk muncul pelumba yang disegani. “Fahmi (Zulfahmi) menyertai pasukan ini sejak 2011 selepas musim sukar dalam kelas 125cc dan dia sememangnya sedang meningkat, berjaya menamatkan perlumbaan dalam 10 pelumba terbaik. “Dalam tempoh...

Suzuki kembali gegar litar MotoGP

de Puniet menunggang jentera baru Suzuki pada sesi ujian di litar Catalunya, baru-baru ini. SUZUKI kembali menggegarkan litar MotoGP menjelang musim perlumbaan 2015 setelah berundur dari acara itu pada 2011. Walaupun sekadar pentas ujian, namun jentera Suzuki dilihat punya potensi besar. Menurut pelumba, Randy de Puniet, ujian yang dilakukan ketika perlumbaan di Litar Catalunya, Barcelona, menunjukkan keputusan positif, namun terdapat ruang yang harus di baiki. “Keseluruhannya saya berpuas hati, tetapi beberapa kerja ubah suai perlu dilakukan. Ujian ini amat penting untuk kami melaksanakan apa yang telah dirancang. “Jentera dalam keadaan...

Hafizh buru podium di Albacete

Hafizh mahu menampilkan persembahan terbaik di Albacete, hujung minggu ini. PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah tekad untuk menggunakan pengalaman yang ditimba pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Catalunya untuk merebut podium pada saingan pusingan ketiga CEV Repsol di Litar Albacete, Sepanyol 23 Jun ini. Hujung minggu lalu, Hafizh yang beraksi di atas tiket wildcard berjaya menewaskan pelumba-pelumba kontrak seperti Ricard Cardus, Yuki Takahashi dan Ratthapark Wilairot untuk menamatkan perlumbaan Moto2 dunia di Litar Catalunya di tempat ke-18 walaupun berdepan pelbagai masalah mekanikal dan cuaca panas terik. Lebih membanggakan,...

Perisik Britain intip e-mel, telefon diplomat

Edward Snowden London: Agensi pengintipan Britain, GCHQ, berulang kali menceroboh talian telefon dan e-mel diplomat asing apabila negara itu menjadi hos persidangan antarabangsa, malah memasang alat pengintip di kafe internet dalam usaha mendapatkan kelebihan dalam rundingan peringkat tinggi, lapor akhbar Guardian. Laporan itu, yang terbaru dalam siri pendedahan yang mencetuskan perdebatan di seluruh dunia berhubung skop intipan perisikan Barat disiarkan beberapa jam sebelum Britain dijadualkan merasmikan persidangan G-8 semalam, pertemuan tujuh gergasi ekonomi dunia termasuk Russia di Ireland Utara. Guna kedudukan Dakwaan bahawa Britain...

Skrin iPhone tambah lebar

Ilustrasi telefon pintar Samsung Galaxy S3 (kiri), Nokia Lumia 820 dan iPhone 4 (kanan). Apple berkemungkinan mengubah produk yang ditawarkan sebelum ini kepada phablets. Apple Inc bercadang melancarkan beberapa model iPhone dengan skrin lebih besar dan berharga murah dengan pelbagai warna tahun depan, sekali gus memberi saingan kepada Samsung Electronics, kata empat sumber rapat dengan perkara itu. Langkah itu yang kini masih dalam perbincangan menunjukkan bahawa syarikat dari California yang pernah menguasai pasaran telefon pintar itu, semakin terancam oleh pesaingnya dari Korea. Samsung mengambil alih bahagian pasaran Apple menerusi model...

PROTON perkenal Saga SV kereta mampu milik, harga serendah RM33,438

VARIAN Saga terbaru, Saga Super Value (SV) yang dilancarkan di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara, sebentar tadi. PETALING JAYA: PROTON hari ini melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888, menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini. Varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum...

Tawaran penuh muslihat Kiram

LAHAD DATU – Meskipun ancaman penceroboh di Lahad Datu sudah berakhir, namun pengalaman pahit tetap segar di ingatan penduduk. Apa yang jelas, pengganas Kiram sudah lama merancang  untuk masuk ke Sabah dan menawan Borneo dengan hajat meletakkan kepulauan itu di bawah kekuasaan Sultan Sulu. Beberapa ketua kampung dan pengerusi JKKK mengakui kewujudan pelbagai tawaran dari pengganas untuk memujuk penduduk di Kampung Tanjung Labian, Kampung Tanjung Batu, Kampung Sungai Bilis, Kampung  Tinagian, Kampung Lok Buani dan Kampung Lok Sembuang menyokong tindakan mereka. Menyoroti semula kisah enam bulan sebelum pengganas menyusup masuk ke Lahad...

Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia

Seniwati Latifah Omar, 74, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) petang Ahad kerana sakit usus. Menurut anak sulungnya, Afendi Rahmat, 55, Allahyarham sebelum ini menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di Kampung Baru sebelum dibawa ke PPUKM untuk menjalani pembedahan kerana sakit ususnya itu. "Doktor maklumkan bahawa usus arwah membengkak dan tersumbat dan perlu dibedah untuk menjadikan keadaannya stabil. "Pembedahan yang dilakukan semalam cuba menstabilkan ibu tetapi tidak berjaya, dan Allahyarham meninggal dunia pada 6.19 petang," katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Al-Khairiah AU3 malam tadi. Menurutnya,...

Firman - Kehilangan (Lagu Lirik/kord)

Intro: Bm F# 3x Bm Bm          A               D Ku coba ungkap tabir ini Em                B             Em Kisah antara kau dan aku A                                                 D Terpisahkan oleh ruang dan waktu Em                F#                    Bm         F# Menyudutkanmu...

Anjing selamatkan bayi dibuang

BANGKOK - Seekor anjing menyelamatkan seorang bayi daripada mati yang dibuang di tapak pembuangan sampah. Anjing itu dinobatkan sebagai wira kerana menyelamatkan bayi perempuan yang diletakkan dalam beg plastik. Anjing itu telah membawa bungkusan beg plastik pulang ke rumahnya dan diserahkan kepada pemiliknya, Gumnerd Thongmak dan menyalak kuat untuk menarik perhatian. Anak saudara Gumnerd, Sudarat, 12, kemudian membuka beg plastik itu dan mendapati di dalamnya ialah seorang bayi perempuan. Pemilik anjing tersebut kemudiannya terus menghantar bayi tersebut ke hospital. Bayi malang itu dilahirkan pra matang kerana beratnya hanya empat paun...

Misteri Kampung Tanduo

Misteri Kampung Tanduo BUNYI aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami. Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar. Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai. Beberapa penduduk...

Firefly perkenal laluan baru

Laluan Johor Bahru-Pekan Baru adalah penerbangan antarabangsa pertama dari Johor oleh Firefly. SYARIKAT penerbangan komuniti Firefly akan memperkenalkan perkhidmatan mingguan berjadual antara Johor Bahru dan Pekan Baru di Indonesia dari 1 Ogos 2013 hingga 31 Julai 2014. Perkhidmatan itu adalah laluan antarabangsa pertama Firefly dari Johor. Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, syarikat itu ingin menyediakan pilihan perjalanan kepada penduduk di Johor dan menyasarkan penumpang dengan tujuan perniagaan dan pelancongan dari Johor Bahru dengan pembukaan laluan tersebut. "Penerbangan terus, empat kali seminggu ini akan memudahkan...

Singapura ketatkan undang-undang siber

Singapura SINGAPURA - Singapura yang merupakan salah sebuah negara berpengaruh di dunia ini sudah bersedia untuk melaksanakan peraturan media baru. Langkah yang diambil itu dilihat sesetengah pihak sebagai usaha menyekat kebebasan media dan penyebaran maklumat. Menurut undang-undang, media online di negara itu perlu memohon lesen di bawah Lembaga Pembangunan Media dan perlu membayar deposit sebanyak AS$ 39,500 (RM122,141). Selain itu, media online turut tertakluk kepada undang-undang iaitu perlu menarik semula berita yang tidak menyenangkan dalam masa 24 jam. Setakat ini 10 laman web telah tertakluk dalam syarat lesen terbaru itu termasuk...

Insiden Lahad Datu: Seorang lelaki berdepan hukuman mati

Sabah diceroboh TAWAU - Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lepas berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.   Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Feb 2013 hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.   Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda.   Pendakwaan dilakukan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani...

Agbimudin mahu jadi King Borneo

KEJAYAAN kerajaan menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas di Daerah Lahad Datu, Sabah melalui pasukan keselamatan dipimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar dikagumi. Di sebalik kejayaan itu, terpahat 1001 kisah pahit selain mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, PDRM menghadapi pelbagai kerenah dan permintaan tidak masuk akal pengganas. Mahu dirinya diiktiraf sebagai ‘King of Borneo’, itu antara tuntutan yang disuarakan Ketua Pengganas, Agbimudin Kiram susulan rundingan tiga hari dengan PDRM. Sinar Harian berkesempatan bertemu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib yang berkongsi pengalaman sebelum dan ketika...

Poligami tidak pilih status

Jika ikut syarak, wanita bermadu tidak teraniaya Satu, banyak-banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, kadang-kadang. Apakah ia? Mungkin ramai sudah ramai tahu jawapannya - KAHWIN. Berkahwin lebih dari satu atau poligami, antara topik menarik yang sering dibincangkan. Ada pandangan pro dan ada yang kontra. Malah, ada tergelak besar dan ada yang boleh menangis apabila memperkatakan poligami. Tetapi menariknya, sejak kebelakangan ini ada ‘bisikan nakal’ yang menyatakan, kahwin lebih dari satu atau berpoligami bukan saja menjadi pilihan lelaki ‘biasa’ tetapi juga golongan Adam yang mempunyai latar belakang pendidikan agama tinggi...

Sudin selamat disemadi

Singapura: Lebih 200 individu termasuk ahli keluarga, rakan dan orang ramai mengiringi jenazah pelakon komedi S Shamsuddin atau Samsudin Dali, 84, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman Choa Chu Kang, di sini, pada jam 11.30 pagi semalam. Terdahulu jenazah dibawa dari rumahnya di West Avenue 6, Bukit Batok untuk disembahyangkan di Masjid Al-Mukmin, Jurong East pada jam 10.45 pagi, dengan keadaan cuaca baik yang melancarkan urusan pengebumian. Pelawak Suhaimi Yusof, 44, menganggap arwah seorang pelakon komedi yang ulung dan amat matang kerana gelagat, aksi serta dialog dalam filem lakonannya tetap menjadi ikutan golongan muda...

Seniman S Shamsuddin meninggal dunia di S'pura

Pelakon komedi era 1950-an seniman S Shamsuddin atau juga dikenali sebagai Sudin, 84, meninggal dunia di kediamannya di Singapura pagi ini. Allahyarham meninggal dunia pada 10.56 pagi di kediamannya di Blok 101 Bukit Batok, West Avenue 6, #07-34, Jurong, Singapura, kata anaknya Noredah kepada Bernama di Kuala Lumpur. Noredah berkata bapanya didapati tidak sedarkan diri pagi ini dan terus dibawa ke hospital, bagaimanapun beliau disahkan meninggal dunia. Shamsuddin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali berkahwin dengan Puteh Esmoon pada 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak. Seorang anaknya, Ariff merupakan pelakon pelawak TV Singapura. Allahyarham...

M Nasir - Hijab Kekasih (Lagu Lirik/kord)

 Intro: Dm E F G C E Am          Dm G C F Dm E Am E Am         E              Am    G   C Malai rinduku merintih kecintaan  Am           E                       Am         G     C Duduk termenung hanya bingung kerinduan Dm             G             C         F              Dm Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang E...

Pages 371234 »