10 tahun raih semula kos bina jambatan

Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang bernilai RM4.5 billion dijangka siap pada  bulan September tahun depan. Syarikat peroleh manfaat pembangunan Pulau Pinang Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menyasarkan mendapatkan semula kos pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua yang berjumlah RM4.5 bilion dalam tempoh 10 tahun ia beroperasi. Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ismail Mohamed Taib, berkata beliau positif bahawa kos pembinaan itu akan diperoleh semula dalam tempoh itu berikutan pembangunan rancak di kawasan sekitarnya. " Kami hanya dapat 20 peratus daripada trafik Jambatan Pulau Pinang Pertama. Kami mahu meningkatkan agihan itu sebanyak...

10 pantai tercantik di dunia

SUASANA privasi dan terpencil menjadi tarikan pengunjung ke Pulau Ocracoke. BAGI kebanyakan orang di negara bermusim, percutian musim panas sering dikaitkan dengan satu perkataan iaitu pantai. Cabaran untuk mencari sesebuah pantai yang sempurna dan bertaraf dunia sememangnya mengujakan para pelancong sejak sekian lama. Tentunya sukar untuk mencari jawapan yang tepat kerana ia bergantung kepada penilaian seseorang individu itu sendiri. Mereka yang gemarkan suasana sunyi dan privasi lazim memilih kawasan pantai yang terpencil. Tidak kurang juga yang sukakan kawasan pantai yang sesak semata-mata mahu mencuri perhatian melalui fesyen pakaian...

Fandi puas hati prestasi pemain

Pemain Kelab Johor Darul Takzim Daniel Guiza (kiri) cuba melepasi pertahanan Woodlands Wellington, di Stadium Larkin, kelmarin. Johor Bahru: Pelaburan lumayan Johor Darul Takzim mendapatkan khidmat pemain berstatus bintang menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan mula membuahkan hasil. Ini berikutan kemenangan besar skuad kendalian Fandi Ahmad apabila membelasah kelab Liga Singapura (Liga-S), Woodland Wellington 5-1 pada saingan Jemputan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, kelmarin. Kejayaan itu memberi gambaran awal skuad yang bergelar Harimau Selatan itu harus digeruni dalam...

Apek-Leuniey bernikah hari ini

NUR EILUNIE menunjukkan kad majlis resepsi persandingannya dengan Khairul Fahmi di rumahnya di Pasir Pekan, Tumpat semalam. KOTA BHARU – Selepas melalui pelbagai episod kontroversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, akan diijabkabulkan hari ini. Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie dijangka berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat pada pukul 10 pagi. Nur Eilunie ketika ditemui semalam, mengakui berdebar menanti detik pernikahannya dengan Khairul Fahmi atau Apek itu. “Semakin dekat hari pernikahan berlangsung, semakin...

Ariel disiasat polis jalin hubungan dengan isteri orang

JAKARTA - Penyanyi kumpulan muzik Noah, Ariel (gambar) disoal siasat pihak polis kelmarin ekoran dakwaan dia menjalin hubungan dengan seorang pramugari, lapor akhbar dalam talian Kompas.com semalam. Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, 31, dilaporkan disoal siasat selama lebih 90 minit di ibu pejabat polis Metro Jaya di sini. Pramugari berkenaan, Magdalena Awuy yang sudah bersuami dan mempunyai seorang anak didakwa berkenalan dengan Ariel sejak konsert jelajah kumpulan Noah di lima negara pada November lalu. Namun, bekas penyanyi kumpulan Peterpan itu menafikan dia menjalin hubungan dengan wanita tersebut dan mendakwa ada pihak sengaja...

Bina kilang RM790j

PELAN BARU...Aminar (kanan) mengumumkan kerjasama dengan Perodua Auto Corp pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam. PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melabur RM790 juta bagi menubuhkan sebuah syarikat baru bagi membina kemudahan kilang pembuatan baru dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 100,000 kenderaan setahun menjelang pertengahan 2014. Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penubuhan syarikat itu membabitkan kerjasama antara Perodua dengan Perodua Auto Corp dengan modal berbayar sebanyak RM200 juta. “Dana bagi penubuhan syarikat ini akan dijana secara dalaman. Kilang yang akan didirikan pula...

Whitney dibunuh pengedar dadah?

WHITNEY ditemui mati di Beverly Hills Februari lalu. LOS ANGELES: Kematian Whitney Houston pada Februari lalu bukan disebabkan lemas dalam tab mandi di sebuah bilik hotel, sebaliknya dia dibunuh pengedar dadah. Seorang penyiasat persendirian mendakwa, satu salinan video daripada kamera litar tertutup (CCTV) membuktikan Whitney dibunuh kerana berhutang kepada pengedar dadah. Menurut Paul Huebl, bukti berkenaan sudah diserahkan kepada agensi Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Penyiasat perubatan sebelum ini mengesahkan, Whitney mati kerana lemas dalam tab mandi selepas mengambil pelbagai jenis dadah serta ubat-ubatan. Akhbar tabloid National...

Kuil berusia 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis

TAPAK kuil purba yang ditemui di Tel Motza, Baitulmuqaddis kelmarin. TEL MOTZA, Israel - Beberapa ahli arkeologi Israel mendakwa telah menemui sebuah kuil dan patung-patung kecil keagamaan berusia kira-kira 3,000 tahun dan dipercayai wujud pada zaman empayar Judah, kata pihak berkuasa antikuiti negara itu kelmarin. Artifak itu ditemui di Tel Motza, di luar Baitulmuqaddis semasa kerja-kerja arkeologi dilakukan di hadapan sebuah kawasan pembinaan lebuh raya baharu di lokasi terbabit. "Struktur bangunan keagamaan yang ditemui amat luar biasa dan menarik," kata pengarah penggalian dalam satu kenyataan. Salah seorang pengarah penggalian, Anna...

Persiapan kahwin Apek-Leuniey berjalan lancar

LEUNIEY sedang dirias inai oleh seorang jurusolek di Pasir Pekan, Tumpat semalam. TUMPAT - Banjir yang melanda tiga negeri di Pantai Timur ketika ini tidak menjejaskan kerancakan persiapan perkahwinan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eilunie Natasha Jaafar yang dijadualkan akan bernikah esok. Eilunie atau Leuniey, 21, ketika ditemui di rumahnya di Pasir Pekan di sini memberitahu, semua persiapan untuk majlis tersebut berjalan lancar dan dia bersyukur kerana rumahnya tidak dinaiki air. "Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan sudah disiapkan, hanya tinggal pelamin yang akan dipasang malam ini (malam tadi)....

Fazurina hormati pendirian ibu

FAZURINA dan Hykal menunjukkan surat akuan pernikahan mereka. PERKAHWINAN adalah sesuatu yang sangat indah dan istimewa. Perjanjian di antara dua insan akan termeterai jika restu perhubungan diizinkan. Namun bagi pelakon drama bersiri menerusi slot Trilogi Cinta, Siti Fazurina Mohd. Famir, 30, atau lebih dikenali sebagai Siti Fazurina, dia tidak menyangka pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Hykal Zulkifli, 31, mengundang mimpi duka setelah didakwa tidak mendapat restu keluarga. Kontroversi kisah hidup Fazurina yang baru dua minggu mendirikan rumah tangga itu semakin tersebar luas menerusi laman sosial Facebook dan Twitter...

Terjun kereta dipandu 100km/j

NOR (duduk kanan) menunjukkan jubah hitam yang dipakai kepada wartawan Kosmo!,  Firdaus Hassan (kiri) ketika ditemui di Kuching semalam. KUCHING – Seorang wanita tidak menyangka sehelai jubah hitam pemberian suami yang dibeli di Mekah semasa menunaikan haji pada tahun ini menjadi perisai apabila dia hanya cedera ringan ketika nekad terjun dari kenderaan yang sedang bergerak laju kelmarin. Wanita yang ingin dikenali sebagai Nor, 41, itu bertindak demikian selepas menyedari kenderaan jenis Mitsubishi Pajero milik suaminya dipandu seorang pencuri dengan kelajuan 100 kilometer sejam dalam kejadian pukul 11 malam di Jalan Main Bazaar,...

Penghormatan negara untuk mendiang Keng Yaik

KERANDA mendiang Keng Yaik diusung keluar sambil diberi penghormatan terakhir oleh  tetamu di kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya semalam. PETALING JAYA - Bekas Presiden Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik diberi penghormatan negara dengan perarakan keranda mendiang bermula pada pukul 10.30 pagi semalam dari kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort di sini. Perarakan bermula dengan keranda mendiang yang dibaluti Jalur Gemilang diusung oleh anggota daripada Bahagian Istiadat Angkatan Tentera Malaysia ke dalam kereta. Perarakan sejauh 50 kilometer itu melalui Menara PGRM, Cheras yang menempatkan ibu...

Resort hasil kayu terbuang

KEINDAHAN bunga-bunga semulajadi pasti menenangkan jiwa setiap tetamu resort. USAH cerita mengenai lokasi-lokasi menarik sekitar Hulu Langat, Selangor kerana anda pasti akan disambut dengan keindahan air terjun, sungai, kolam air panas dan pastinya hutan yang masih belum terusik dek pembangunan. Selain itu, daerah ini terkenal dengan hotel, resort, pusat motivasi serta tapak perkemahan yang bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, sekiranya anda ingin mencari kelainan, Photon Valley Eco Resort yang terletak di Kampung Kuala Perdik perlu menjadi pengisi diari anda terutamanya semasa cuti persekolahan. Walaupun baru dibuka pada...

Kim Swee ketepi hal peribadi

KIM SWEE (kiri) lebih mengutamakan misi untuk memburu pingat emas acara bola sepak  pada temasya Sukan SEA di Myanmar tahun depan. TAHUN lalu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menerima hadiah hari jadi paling bermakna apabila skuad kendaliannya berjaya mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia. Setahun dari sekarang, tidak mustahil skrip yang lebih kurang sama juga bakal dialami Kim Swee menjelang Sukan SEA di Myanmar. Apa yang pasti, tarikh 11 Disember 2013 pastinya menjadi hari yang cukup istimewa buat beliau jika anak-anak buahnya berjaya melakar hatrik pada temasya dwitahunan itu. Sedar ia sesuatu...

Chelsea berpesta gol di Stamford Bridge

Fernando Torres meraikan jaringannya ketika Chelsea menentang Aston Villa di Stamford Bridge, semalam. - AFP LONDON - Rafael Benitez mengorak langkah penting dalam usaha untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila Chelsea membelasah Aston Villa 8-0 semalam dan naik ke tangga ketiga liga. Fernando Torres memulakan pesta gol dengan menjaringkan gol ketujuh daripada enam penampilan. Frank Lampard yang beraksi buat kali ke-500 dalam EPL, tidak ketinggalan mencatat nama sebagai penjaring. Ramires menjaringkan dua gol, manakala satu gol masing-masing oleh David Luiz, Branislav Ivanovic, Eden Hazard dan Oscar. Kemenangan itu...

Nicol terima ganjaran lumayan

NICOL (kiri) bersama ibu bapanya bergambar kenangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak pada pertemuan ringkas di pejabatnya di Putrajaya tahun lalu. RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David bakal menerima ganjaran RM100,000 daripada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana merangkul gelaran juara buat kali ketujuh pada Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia 2012 baru-baru ini. Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan di sini semalam memberitahu, kejayaan itu memberi inspirasi cukup besar kepada rakyat Pulau Pinang dan negara ini kerana berjaya menempa nama di pentas dunia. Menurut kenyataan tersebut, ganjaran...

‘Ampunkan saya’

BERLALU PERGI...ahli keluarga lain membawa ibu Siti Fazurina keluar dari hotel. GEORGETOWN: Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina Mohd Famir hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sebelum ibunya itu ditarik ahli keluarganya yang lain meninggalkan sidang media dibuat pelakon berusia 30 tahun itu di Bayan Baru di sini, bagi menjelaskan kontroversi perkahwinannya, semalam. Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, hadir pada sidang media itu bersama abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya yang lain, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22. Bagaimanapun, mereka hanya berdiri berhampiran...

Singapura juara Piala AFF Suzuki

Singapura menjadi negara pertama untuk menang Piala AFF Suzuki empat kali walaupun tewas 1-0 dalam perlawanan kedua kepada Thailand. Pasukan Singa telah mencatatkan kemenangan agregat 3-2 ke atas Thailand dalam dua perlawanan dengan Thailand. Pasukan tuan rumah telah menguasai perlawanan kedua di Stadium Superchalasai dan Kirati Keawsombut menjaringkan gol sulung dengan tandukan baik. Ini juga merupakan perlawanan terakhir bagi jurulatih Radojko Avramovic yang dijangka tidak akan meneruskan kontrak selepas sembilan tahun, beliau meraih kemenangan ketiga dan adalah jurulatih paling terbaik dalam kejuaraan ini selepas kemenangan pada tahun...

Vettel tidak bimbang

VETTEL berkemungkinan hilang status selaku juara dunia yang dimenangi pada perlumbaan  F1 musim ini. LONDON - Pemandu Red Bull Racing, Sebastian Vettel menegaskan bahawa dia tidak bimbang kemungkinan hilang status selaku juara dunia yang dimenangi pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini. Vettel berada dalam situasi tidak menentu selepas Ferrari membuat bantahan kepada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengenai cara pemanduannya pada Grand Prix (GP) Brazil, 25 November lalu. Tiga hari selepas Vettel dinobatkan sebagai juara dunia termuda yang merangkul gelaran hatrik pada perlumbaan terakhir di Litar Interlagos, Ferrari...

Gelagat tunggu hari kiamat

BEBERAPA buah kenderaan polis menuju ke Gunung Pic de Bugarach di pekan Bugarach, selatan Perancis kelmarin. - REUTERS BEIJING - China menangkap hampir 1,000 orang dalam operasi memburu sebuah kumpulan Kristian yang menyebarkan khabar angin tentang hari kiamat akan berlaku pada hari ini, lapor media negara ini semalam. Kumpulan yang dikenali sebagai Tuhan Maha Besar itu dituduh menyebarkan khabar angin tentang hari kiamat tersebut. Hari kiamat tersebut dipercayai beberapa pihak akan berlaku kerana kalendar kaum Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi akan berakhir pada hari ini. Menurut laporan stesen televisyen CCTV, operasi...

Final pertama: Singapura atasi Thai 3-1

SINGAPURA memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila menang bergaya 3-1 ke atas Thailand dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Jalan Besar, malam ini. Dengan keputusan itu, ia meletakkan Singapura dalam keadaan selesa untuk memburu kejuaraan kali keempat apabila bertandang ke Bangkok Sabtu ini bagi  perlawanan timbal balik. Thailand pula di laluan tertekan apabila mereka perlu mencatat kemenangan di tempat sendiri bagi memastikan kejuaraan edisi kali ini menjadi milik mereka. Penyerang naturalisasi skuad The Lions, Aleksandar Duric hampir menjaringkan gol awal untuk pasukan Singapura pada minit kedua...

Australia denda AirAsia RM600,000 kerana sorok caj penumpang

laman web syarikat AirAsia yang menawarkan pakej tambang murah tetapi dikenakan  tindakan denda oleh Mahkamah Persekutuan Australia. MELBOURNE (Australia) - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah dikenakan denda kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya. Syarikat penerbangan itu didenda A$200,000 (kira-kira RM600,000) di Mahkamah Persekutuan Melbourne semalam kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press (AAP). Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) berkata, kes itu berkaitan dengan tempoh 10 bulan...

‘Jangan usik Kim Swee’

RAJAGOBAL (berdiri di kanan) masih mendapat kepercayaan daripada FAM untuk  membimbing Harimau Malaya PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan berganjak dengan pendirian untuk terus mengekalkan khidmat Datuk K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya. Biarpun pengendali berusia 56 tahun itu gagal membantu Malaysia mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, FAM memberi jaminan bahawa ‘kerusi panas’ itu masih menjadi milik Rajagobal. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan bahawa cadangan untuk melantik jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee untuk menggantikan tempat Rajagobal tidak wujud...

Gaji naik tahun depan

PENGIKTIRAFAN dan ganjaran yang diberikan majikan di atas kerja keras pekerja akan  mampu meningkatkan motivasi dan prestasi cemerlang mereka. - Gambar hiasan SINGAPURA - Hampir setiap pekerja di Malaysia dijangka mendapat kenaikan gaji pada tahun depan, demikian menurut Laporan Workmonitor Randstad bagi suku keempat yang diumumkan semalam. Perangkaan itu adalah antara yang tertinggi daripada tinjauan yang melibatkan 14,780 pekerja dari 32 negara. Namun 82 peratus responden di rantau ini kurang keyakinan mengenai prospek kenaikan gaji di China, Singapura (76 peratus), Australia (75 peratus), New Zealand (69 peratus) dan Jepun (42...

Bolt raih anugerah Personaliti Sukan BBC

Usain Bolt JAGUH pecut dunia, Usain Bolt dianugerahkan Personaliti Sukan BBC berikutan kejayaannya meraih tiga emas dalam Sukan Olimpik 2012 buat kali kedua berturut-turut. Pelari Jamaica berusia 26 tahun ini mencipta sejarah di Olimpik London 2012 dengan meraih tiga emas iaitu 100m, 200m dan 4x100m, malah disytiharkan 'legenda olahraga dunia'. Bolt juga menjadi atlet pertama berjaya mempertahankan kedua-dua kejuaraan dalam acara 100m dan 200m serta membantu pasukannya meraih emas dalam acara 4x400 meter dengan mencatatkan rekod dunia 36.84 saat. Pengiktirafan ini merupakan kali ketiga dalam tempoh lima tahun diberikan oleh BBC kepada...

Mahathir: 'Islam agama keamanan'

Tun Dr Mahathir Mohamad DI Nigeria hari ini terdapat kononnya gerakan Islam yang bernama “Boko Haram”. Saya tidak pasti makna “Boko” tetapi bunyinya semacam dengan “Buku” dalam Bahasa Melayu. Mungkin yang dimaksudkan dengan “Boko” ialah Kitab Injil. Walau apa pun maknanya yang jelas ialah kumpulan “Boko Haram” ini sedang membunuh orang Kristian dan menyerang gereja mereka. Tetapi mereka juga membunuh ramai orang Islam, bahkan lebih ramai orang Islam yang dibunuh dari orang bukan Islam. Inilah yang sering berlaku apabila sekumpulan orang Islam anggap hanya mereka sahaja yang betul-betul Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan boleh dibunuh. Kita...

‘Satu penghormatan’

KIM SWEE JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee kekal fokus dengan misi disandarkan di bahunya untuk mempertahankan pingat emas Sukan Sea Myanmar tahun ini biarpun namanya dicanang sebagai calon terbaik menggantikan Datuk K Rajagobal bagi membimbing skuad kebangsaan. Kim Swee yang enggan mengulas lanjut isu terbaru itu berkata, tidak wajar untuk beliau membicarakan kedudukan rakan sejawatnya itu dan menganggap keutamaannya lebih terarah kepada persiapan skuad muda negara menghadapi Sukan Sea. “Bagi saya, orang ramai termasuk Shebbie (Serbegeth Singh) dan juga peminat tempatan berhak menyuarakan pandangan tapi saya tidak berhak mengulas lebih...

Jackie bimbang susahkan orang lain

BAKAL meninggalkan watak aksi lagak ngeri, pastinya peminat setia pelakon terkenal Jackie Chan terkilan dan akan merindui perwatakannya yang berani melakukan pelbagai aksi lasak sejak mula membabitkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 1959. Terkenal dengan keupayaannya melakonkan aksi ‘bahaya’, aktor kelahiran Victoria Peak, Hong Kong ini mengakui lebih selesa dan puas melakonkan aksi lagak ngeri bagi sesebuah drama atau filem itu sendiri. Namun, sebagai hadiah terakhir daripadanya khusus buat peminat, filem Chinese Zodiac 2012 (CZ12) yang menemui penonton di pawagam seluruh Asia pada 20 Disember ini bakal mengubati rindu peminat yang...

Pages 371234 »