Harimau 170kg jadi sahabat

ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah. MALANG: Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia. Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh. Mulan - kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram - mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya. Bagaimanapun, Abdullah bukanlah pemilik Mulan, sebaliknya dia cuma dibayar sebagai...

Neo R3 dilengkapi aksesori sporty

BERGAYA...Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza (dua dari kanan)  dan Khamil (kanan) selepas majlis pelancaran Proton Satria Neo R3 di Shah Alam, semalam. PROTON Holdings Bhd menyasar jualan 250 unit sebulan bagi model terbarunya, Proton Satria Neo R3 (Race, Rally, Research) yang dipertingkatkan dari model Satria Neo CPS. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mohd Khamil Jamil berkata, model terbaru itu dilengkapi dengan kit badan dipertingkatkan dan eksklusif serta aksesori R3 yang lebih sporty dan dinamik. “Satria Neo model popular Proton dan ikonik yang mendapat kejayaan luar biasa di arena sukan bermotor. Dengan...

Wajib menang, habis cerita

HARIMAU Malaya wajib menang pada aksi menentang Indonesia esok jika mahu layak ke  separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012. Itu misi ‘hidup dan mati’ Harimau Malaya menjelang pertemuan menentang Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan B kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok. Atas kertas, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal masih berpeluang mara ke separuh akhir sekiranya sekadar melakar keputusan seri, itu pun jika Laos berjaya mengejutkan Singapura dalam satu lagi aksi terakhir kumpulan di Stadium Shah Alam yang bakal berlangsung serentak malam esok. Ini kerana jumlah perbezaan jaringan masih berpihak...

Punca peniaga Melayu gagal

Dr. Mahathir Mohamad diiringi Hamzah Zainuddin (kiri) dan Nurmala Abd. Rahim (kanan)  pada Majlis Makan Tengah Hari di Pusat Maritim Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 28 Nov. - Kelemahan dalam pengurusan tunai merupakan penghalang kepada usahawan bumiputera mencapai kejayaan lebih besar dalam bidang perniagaan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, usahawan bumiputera harus lebih mahir dalam pengurusan kewangan termasuk menggunakan sumber yang ada secara bijak untuk memajukan perniagaan masing-masing. ''Jika usahawan bumiputera mendapat pinjaman RM1 juta untuk tujuan perniagaan, mereka akan belanja separuh...

Misi Malaysia masih belum selesai

DARI kiri, Safiq, Safee, Wan Zack dan Khyril masing-masing menyumbang satu gol buat  Malaysia ketika menentang Laos pada Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil  malam tadi. Malaysia menang 4-1. MISI skuad Harimau Malaya masih belum selesai biarpun slot ke separuh akhir kembali terbuka sebaik anak-anak buah Datuk K. Rajagobal membelasah Laos 4-1 dalam aksi Kumpulan B kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Sedar atau tidak, kepantasan jentera serangan Laos yang diterajui Keoviengpheth Lithideth, Soukaphone Vongchiengkham dan Khampheng Sayavutthi ketika melakukan serangan kilat...

Sampel tulang Arafat diambil

KUBUR Arafat sebelum digali. RAMALLAH - Jenazah bekas pemimpin terkenal Palestin, Yasser Arafat dikebumikan semula semalam di kuburnya di sini selepas sampel daripada tulangnya diambil untuk diuji sama ada terdapat tanda-tanda beliau diracun. "Pada pukul 5 pagi waktu tempatan, liang lahad itu mula digali dengan cermat," kata sumber Palestin. "Operasi tersebut telah tamat dan kuburnya telah dikambus semula manakala sampel yang diambil telah diberikan kepada pakar dari Perancis, Switzerland dan Rusia," kata sumber berkenaan. Proses pengambilan sampel tulang Arafat itu dilakukan oleh seorang doktor Palestin yang diperhatikan oleh pakar dari...

Wajib menang atau tutup kedai

RAJAGOBAL (kiri) memberi penerangan kepada pemain-pemain Harimau Malaya pada sesi  latihan mereka di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. YANG bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.Itu perumpamaan tepat buat Harimau Malaya supaya kembali bangkit melakar kemenangan ke atas Laos dalam aksi kedua Piala Suzuki AFF 2012 malam ini sebaik dimalukan Singapura 0-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu. Tampil selaku tuan rumah kejohanan bersama Thailand pada edisi kali ini, skuad negara dilihat masih bergelut dengan prestasi sebenar selepas menyaksikan kerapuhan di bahagian pertahanan serta kepincangan jentera...

Rajagobal didesak undur

PENYOKONG Ultras Malaya bertindak menahan bas yang membawa pemain-pemain Harimau Malaya sebagai tanda protes berikutan kekalahan 0-3 Malaysia kepada Singapura pada kempen Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin. DESAKAN peminat sejati Harimau Malaya yang menuntut pembaharuan skuad bola sepak kebangsaan dengan Datuk K. Rajagobal mengambil tindakan drastik meletak jawatan selaku jurulatih, bukanlah satu cerita baharu sebenarnya. Bermula apabila skuad negara ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura menerusi agregat 4-6 pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada Julai tahun lalu, kemarahan...

Liang lahad Arafat digali hari ini

KUBUR Arafat sebelum digali.- Agensi RAMALLAH – Salah satu misteri politik Asia Barat mungkin dapat diketahui pada hari ini apabila para saintis menggali liang lahad kubur pemimpin terkenal Palestin, Yasser Arafat (gambar kecil) di sini untuk mengetahui sama ada dia diracun. “Ia amat menyakitkan, mengejutkan dan tidak mudah bagi saya dan anak-anak, tetapi ia mesti dilakukan untuk mengetahui perkara yang sebenar, jika terdapat jenayah, ia mesti diselesaikan,” kata balu Arafat, Suha ketika dihubungi di rumahnya di Malta. Ketua Penyiasat Palestin berkata, Tawfik Tirawi berkata, liang lahad tersebut akan digali pada hari ini untuk mengambil...

Satu petak tempat letak kereta dijual RM509,190

BEBERAPA buah kereta berada di petak parkir di sebuah bangunan kediaman di  Hong Kong semalam. HONG KONG - Satu petak tempat letak kereta individu dijual pada harga AS$166,666 (RM509,190) di Hong Kong, menurut beberapa laporan semalam. Petak itu kini menjadi salah satu cara untuk para pelabur memperoleh keuntungan dengan menjualnya pada harga yang tinggi. Pada minggu lalu, seorang hartawan Hong Kong, Li Ka-shing menjual 514 petak tempat meletak kereta dan memperoleh sebanyak AS$77 juta (RM235.24 juta), menurut akhbar South China Morning Post dan The Standard. Petak tempat meletak kereta di Hong Kong boleh disewa pada harga AS$490.30...

Zulfahmi semakin hampir sertai Red Bull KTM

Zulfahmi Khairuddin KUALA LUMPUR - Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin (gambar) semakin hampir untuk menandatangani kontrak bersama Red Bull KTM Ajo selewat-lewatnya pada hujung Disember ini. Anak muda kelahiran Banting, Selangor itu ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam berkata, dia masih belum menandatangani sebarang perjanjian dengan pasukan juara dunia itu dan bakal berbuat demikian dalam masa terdekat ini. "Saya hanya boleh katakan status saya untuk menyertai Red Bull KTM Ajo sudah mencapai 80 peratus dan kontrak akan ditandatangani dalam tahun ini juga," katanya. Zulfahmi bakal bergandingan dengan naib juara musim 2012,...

Buruan polis fanatik Apek

EDAR...Saiful mengedarkan risalah pencegahan jenayah yang ditandatanganinya kepada  pengguna jalan raya ketika Ops Bayan, Khamis lalu. BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai. Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu. Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan...

Vettel pelumba F1 termuda julang kejuaraan triple

Sebastian Vettel SAO PAULO 26 Nov. - Sebastian Vettel dari Red Bull menjadi pelumba Formula Satu termuda yang memenangi kejuaraan triple iaitu pada usia 25 tahun selepas Grand Prix Brazil yang basah dan kelam kabut, semalam. Pemandu Jerman itu menamatkan perlumbaan di tempat keenam selepas bangkit daripada ketinggalan ekoran kerosakan pada keretanya, pada pusingan permulaan dan akhir, untuk meraikan kejayaan selaku pemandu pertama yang memenangi kejuaraan kali ketiga berturut-turut. Perlumbaan di litar Interlagos itu dimenangi pemandu McLaren, Jenson Button yang diiringi oleh kereta keselamatan sehingga ke garisan pemanat. Vettel menamatkan...

Apple bakal lancar televisyen akhir 2013

Apple dijangka melancarkan televisyen yang mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh  digunakan dengan peranti lain seperti iPad. New York: Apple Inc dikatakan sedang membangunkan televisyen yang akan didatangkan dalam dua saiz, 47 dan 55 inci sekali gus dijangka menjadi peranti yang paling dihajati sebagai hadiah menjelang musim perayaan hujung tahun depan. Gene Munster dari Piper Jaffray, penganalisis Apple, dengan beberapa kejayaan jangkaan lampau berhubung syarikat itu, minggu ini dalam satu nota pelabur menyatakan beliau percaya Apple akan melancarkan televisyen menjelang suku ketiga tahun depan yang akan membabitkan pelbagai ciri...

Hezbollah beri amaran kepada Israel

NASRALLAH BEIRUT - Pemimpin Hezbollah di Lebanon, Sayyed Hassan Nasrallah semalam memberi amaran kepada rejim Zionis bahawa ribuan buah roket akan menghujani Tel Aviv dan beberapa bandar Israel jika tentera Yahudi menyerang Lebanon. Beliau membuat kenyataan itu pada ucapan sempena Hari Asyura yang disambut pengikut fahaman Syiah di sini. Hari itu disambut bagi memperingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Hussein dan anggota keluarga baginda sekali gus menyebabkan perpecahan antara Sunni dan Syiah. Kenyataan tersebut dibuat selepas pergerakan Hamas dan Israel menghentikan serangan pada Rabu lalu selepas rejim Zionis melancarkan serangan...

Apa sudah jadi Rajagobal?

RAJAGOBAL (dua dari kanan) berbincang sesuatu dengan pengurus pasukan, Datuk Subhan  Kamal (kiri) selepas skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Singapura semalam. SKUAD ‘eksperimen’ pun tewas, inikan pula ujian sebenar. Ternyata, reputasi selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF hanya tinggal sejarah buat Malaysia apabila gagal dalam ujian sulung kempen kali ini sebaik ‘dikerjakan’ Singapura 0-3 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Dua gol ledakan kapten Singapura, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta jaringan lewat Aleksandar Duric pada minit ke-75 sudah cukup untuk menyedarkan skuad kendalian...

Schumacher ucap selamat tinggal

Michael Schumacher SAO PAULO - Pada usia 43 tahun, juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada dunia pemotoran Formula Satu (F1). Grand Prix Brazil yang berlangsung semalam merupakan perlumbaan terakhir buat pelumba legenda dari Jerman itu yang bagaimanapun mengakhiri karier dengan kedudukan yang kurang memberansangkan. Selain jauh daripada kedudukan untuk mencabar gelaran juara dunia musim ini, Schumacher terpaksa bermula dari petak ke-13 semalam. Apa yang menyedihkan, jentera Mercedes ternyata gagal memberikan sokongan bermakna buatnya untuk mencipta satu lagi kejayaan bermakna. "Saya...

Del Nero tunjuk belang aksi pertama

Simone Del Nero JOHOR BAHRU - Pemain import Johor, Simone Del Nero membuat penampilan pertama dengan penuh bersemangat dengan mempamerkan aksi menarik pada perlawanan persahabatan menentang Kelab Bola Sepak Melayu Singapura (SMFC) di sini, kelmarin. Kelibat Del Nero sebagai pemain tengah untuk pasukan Harimau Selatan itu mencuri tumpuan lebih 7,000 penyokong Johor yang hadir memberi sokongan di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus, Larkin. Aksi menarik serta kualiti yang ditampilkan bekas pemain Lazio itu membuktikan bahawa dia masih berbisa biarpun sudah kurang beraksi sebelum ini ekoran dibelenggu kecederaan. Sambil menyifatkan aksi...

Jalaludin hampir putus asa

JALALUDIN di samping Naib Presiden AETN All Asia Networks, Michele Schofield. Jalal bertanggungjawab mengalih suara dalam dokumentari Mankind: The Story Of All Of Us. TUGAS sebagai seorang pengalih suara untuk sebuah program dokumentari tidak semudah berlakon. Hal itu diakui sendiri oleh Datuk Jalaludin Hassan yang baru-baru ini terlibat dengan tugas tersebut untuk dokumentari Mankind: The Story Of All Of Us. Masih berbaki beberapa episod yang setiap satunya berdurasi hampir sejam, pelakon veteran itu mengaku dia hampir berputus asa pada peringkat awal menggalas tugas berat itu. “Saya mengambil alih suara Josh Brolin, seorang aktor Hollywood...

Bangunan kediaman di tengah jalan raya

SEBUAH kereta berhenti di depan kediaman setinggi lima tingkat di Kampung Xiazhangyang  di  Wenling semalam. WENLING, China - Sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat berada di tengah sebatang jalan raya yang baharu di Kampung Xiazhangyang di sini. Bangunan itu tidak diruntuhkan kerana Luo Baogen dan isterinya enggan berpindah disebabkan ganti rugi yang ditawarkan pemerintah masih rendah. Dia dan isterinya tinggal di salah satu tingkat bangunan tersebut. Menurut laporan media, semua jiran pasangan tersebut sudah berpindah. Beberapa buah kenderaan yang melalui jalan tersebut akan bergerak bahagian depan dan belakang...

Peserta Cop Bikers maut

Rakan mangsa tidak dapat menahan sebak melihat jenazah Ishak yang maut dalam  kemalangan semalam. PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menyertai konvoi Cop Bikers Kota Tinggi, Johor Bahru maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 13.6, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), pagi semalam. Mangsa, Ishak Jaafar, 53, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala sementara empat penunggang dan pembonceng lain mengalami cedera parah. Difahamkan, kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu berlaku selepas sebuah kereta jenis Honda CRV memintas kumpulan konvoi yang ketika itu berada di...

Susulan nahas Gopeng: 'Demi anak saya perlu kuat'

Laporan Sinar semalam IPOH - “Demi anak-anak, saya perlu kuat dan sabar menghadapi ujian ini,” luah Norsalina Abdul Hamid, 50, balu kepada mangsa kemalangan maut, Shaharuddin Abd Aziz, 51. Norsalina, 50, berkata, kehilangan suami dalam sekelip mata memberi kesan mendalam terhadap dirinya dan tiga anak yang masih bersekolah. Shaharuddin Abd Aziz Menurutnya, apa yang pasti, rutin kebiasaan menyediakan pakaian kerja arwah, sudah tidak dapat dilakukan lagi. “Sepatutnya semalam (kelmarin) saya sediakan pakaian dan menghantarnya hingga ke depan pintu. Namun tidak dapat berbuat demikian, hari itu saya tidak berapa sihat,” katanya. Allahyarham...

Susulan nahas Gopeng: 'Ayah belum puas teman ibu'

Laporan Sinar semalam IPOH – Selepas 15 tahun melalui hubungan jarak jauh dengan isteri, Arbawiyah Bahrom, 58, serta anak-anak, Allahyarham Mohd Shafie Ismail, 56, yang baru kembali bertugas di Ipoh awal tahun ini telah pergi meninggalkan keluarga untuk selama-lamanya. Huzaimi menunjukkan motosikal yang sering digunakan arwah setiap kali ke masjid dan kedai Anak mangsa, Huzaimi, 27, menyifatkan ayahnya masih belum puas menghabiskan masa bersama ibunya apabila maut dalam nahas ngeri di kilometer 294.1 Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran susur Gopeng, kelmarin. "Sepanjang 15 tahun berkhidmat di Shah Alam, ayah hanya berpeluang...

Penduduk Gaza gembira

PARA pejuang Hamas berarak bagi meraikan gencatan senjata dengan Israel di kem pelarian  Jebaliya, utara Genting Gaza semalam. BANDAR GAZA, Palestin - Presiden Palestin, Mahmud Abbas menghubungi Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh semalam bagi mengucapkan tahniah di atas 'kemenangan' menentang Israel. "Dalam satu perbualan telefon, Abbas mengucap tahniah kepada Haniyeh di atas kemenangan Hamas dan takziah buat mereka yang mati syahid," kata satu kenyataan pejabat Haniyeh. Agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan, Abbas menerima panggilan telefon daripada Haniyeh bagi memaklumkan mengenai situasi di Gaza selepas persetujuan...

PR wajar lantik Karpal jadi PM, kata Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada Pakatan Rakyat (PR) agar melantik Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh sebagai Perdana Menteri jika PR rakyat berjaya mentadbir negara. “Bagi kat dialah (Karpal Sigh), teruk lama dah dia berjuang ni, patut bagi Karpal Sigh jadi perdana menteri... Yang Amat Berhormat Karpal Sigh, bila pencen boleh dapat Tun tau, Tun Karpal Sigh, Tun Anwar Ibrahim , Tun Haji Hadi,” katanya dengan sinis ketika ditanya wartawan berhubung kecelaruan PR dalam soal siapa layak jadi Perdana Menteri. Menurut beliau, rakyat boleh melihat...

Kerinduan Turdi terhadap Obama

Turdi, bekas pengasuh Presiden AS, Barack Obama meluahkan harapan mahu bertemu dengan pemimpin negara itu meskipun beliau merasakan impiannya itu sesuatu yang mustahil. OBAMA pernah mendapat jolokan Little Barry ketika zaman kanak-kanaknya. TRANSGENDER terkenal di Indonesia selepas muncul dengan pengakuan pernah bekerja sebagai pengasuh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama lewat 1960-an, Turdi, 66, hanya mempunyai satu permintaan daripada pemimpin negara itu. Bukan harta benda mahupun wang ringgit, dia mahu bertemu semula presiden yang mendapat jolokan Little Barry ketika kecil itu suatu hari nanti. Kru-kru stesen televisyen dan...

Amaran Hamas kepada Israel

PENDUDUK Gaza membawa jenazah dua kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan udara  Israel untuk dikebumikan di Beit Lahiya, utara Genting Gaza semalam. GENTING GAZA - Komander tertinggi sayap tentera Hamas, Mohammed Deif memberi amaran, Israel akan menerima padah jika ia berani melancarkan serangan darat ke dalam wilayah Palestin ini. "Pihak musuh (rejim Zionis) akan menerima padah jika ia merancang untuk masuk ke Gaza," kata Mohammed yang merupakan komander Briged Ezzedine Al-Qassamzz kepada stesen televisyen Hamas, Al-Aqsa. "Perang darat merupakan harapan terbaik untuk membebaskan tahanan Israel," tambahnya. Beliau merujuk kepada...

Selesa solo

Gitar terus sinonim dengan Sham Kamikaze biarpun kini bergelar pendakwah. PELBAGAI kisah panas muncul saat dia memulakan penghijrahan. Selain dianggap terlalu taksub dengan penghijrahannya itu, dia juga terpalit kontroversi kononnya menduakan isteri. Tanpa mahu mengulas panjang mengenai hal-hal dalaman dan isu rumah tangga, akhirnya cerita-cerita panas itu menjadi dingin. Dan kini selepas setahun kembali solo setelah bercerai dengan isterinya, Farazila Abdul Jabar pada 1 September tahun lepas, Sham Kamikaze memberitahu, matlamatnya kini hanya satu iaitu mahu berdakwah. Soal hati dan perasaan, tolak ke tepi dahulu, katanya yang mendirikan...

Nora Danish pilihan Anuar

Anuar Zain Jarang sekali kita dengar Anuar Zain bercerita soal hati dan perasaan. Setiap kali diajukan persoalan mengenai wanita pilihan, jawapan diterima cukup klise. Namun, pengakuan dibuat penyanyi popular ini pada majlis pelancaran video muzik Ajari Aku di Solaris Dutamas, semalam, mengejutkan media yang hadir. Tanpa berselindung, Anuar, 42, mengakui meminati Nora Danish. Malah jika ditakdirkan dia bercinta dengan pelakon itu, dia tidak akan menolaknya. “Memang Nora menepati cita rasa wanita idaman saya. Kalau ada teman wanita pun, saya akan cari seperti dia. Saya suka lihat wajahnya dan menyenangi karakternya yang feminin serta manja,”...

Pages 371234 »