
Hafizh Syahrin
PELUMBA muda negar, Hafizh Syahrin Abdullah dipilih untuk mengisi slot 'wildcard' dalam kategori Moto2 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Valencia, Sepanyol dari 8 hingga 10 November ini.
Penyertaan dalam saingan itu adalah wildcard keempat bagi pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu, tahun ini.
Selaku pelumba wildcard , Hafizh Syahrin, 19, menampilkan prestasi terpuji dalam tiga perlumbaan sebelum ini, iaitu pada MotoGP Perancis di Litar LeMans, MotoGP Sepanyol di Litar Catalunya dan MotoGP Malaysia di Litar Sepang.
Sepanjang tiga penyertaan wildcard itu, beliau mencatat keputusan...